Soalan:
salam ustaz, saya shahid dari sungai petani, nk tnya ni, apa beza kita jemaah di surau shopping complex dengan surau atau masjid kt luar, afdalnya berbeza atau sama?
Jawapan:
Surau shopping complex bukan masjid. Solat di masjid adalah lebih afdhal dr di surau shopping complex.
Tiada pd surau shopping complex tahiyyatul masjid, tiada larangan org berjunub menetap di dlmnya, demikian juga wanita berhaid. Ia dibina utk solat kerana ada keperluan sementara selagi shopping complex itu berfungsi. Ia juga tidak diwakafkan utk didirikan solat 5 waktu.
Sesuatu binaan dihukum masjid apabila:
1. Pemiliknya melepaskan pemilikannya dgn cara mewakafkannya.
2. Semua org diizinkan utk tunaikan solat di dlmnya.
3. utk ditunaikan solat 5 waktu selama2nya.
Oleh itu, mana2 surau yg memenuhi syarat ini, maka ia dikira masjid, terlaksana padanya hukum-hakam masjid sekalipun tidak dinamakan masjid.