Soalan:
As salaam shbt2 semua. Saya sedang mengatur hadiah bacaan al-Quran kpd Arwah ***** anakanda ***** dlm group lain. Saya memanjangkan perksra yg sama pada ahli group di sini. Bagi sesiapa yg berhajat sila buat juzuk pilihan berdasarkan senarai di bawah terutamanya juzuk2 yg masih kosong. Jazakallahu khair.
Apa pandangan ust?
Jawapan:
Hadiah pahala bacaan alQuran kpd jenazah, ulama berbeza pandangan jika tanpa pembaca minta upah.
Pandangan saya, tak perlu dibantah isu spt ini.
Cuma knp perlu pilih juzuk? Benda ni tak perlu.
Baca juga soal-jawab yang lalu di blog saya di bawah ini:
Sedekah pahala bacaan kepada orang yang masih hidup
Soalan:
Assalamu'alaikum Warahmatullah,
Jika sebelum ini kita sudah kerapkali mendengar perbezaan pendapat ttg adakah sampai pahala bacaan kpd org mati. Tapi utk kes ini adalah yg pertama baru saya dengar.
Kemuskilan saya, adakah benar sampai pahala cthnya kita sedekahkan al-fatihah kpd rakan atau jiran kita? kerana Ust tersebut jelas mengiakan sampainya pahala dengan mengaitkannya dengan hadis Rasulullah saw menyembelih dua ekor kambing, satu utk dirinya dan satu lagi utk umatnya (menurut ust tersebut ialah kpd isteri-isteri Baginda). Setakat pengamatan saya hanya itulah hujahnya.
Apa yg saya tahu dan biasa kita lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan umat atau sesiapa sahaja di dalam doa kita sehari-hari.
sekian, mohon penjelasan dari Ustaz.. JKK..
Jawapan:
Benar, sememangnya sebahagian ulama menharuskan dan berpendapat sampai sedekah pahala kepada orang yang telah mati dan masih hidup. Ini berdasarkan hadith antaranya yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ibu orang-orang yang beriman A’isyah R.’anha:
أن رجلاً قال للنبي -صلى الله عليه وسلم- إن أمي افتلتت نفسها، وأراها لو تكلمت تصدقت، أفأتصدق عنها، قال النبي - صلى الله عليه وسلم-: "نعم تصدق عنها
Maksudnya: “Seorang lelaki bertanya kepada Nabi S.A.W. bahawasanya ibu-ku meninggal dunia secara mengejut, aku melihat ibu-ku jika dia mengatakan hendak sedekah pasti dia akan bersedekah, maka apakah aku boleh bersedekah untuknya? Jawab Nabi S.A.W.: Ya, bersedekahlah untuknya.”
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:
أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها ، وهو كذلك بإجماع العلماء ، وكذا أجمعوا على وصول الدعاء وقضاء الدين بالنصوص الواردة في الجميع ، ويصح الحج عن الميت إذا كان حج الإسلام ، وكذا إذا وصى بحج التطوع على الأصح عندنا ، واختلف العلماء في الصواب إذا مات وعليه صوم ، فالراجح جوازه عنه للأحاديث الصحيحة فيه . والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل . وأما الصلاة وسائر الطاعات فلا تصله عندنا ولا عند الجمهور ، وقال أحمد : يصله ثواب الجميع كالحج
Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah untuk mayat bermanfaat untuknya dan sampai pahala kepadanya, ini merupakan ijma’ ulama. Demikian juga para ulama telah bersepakat (ijma’) sampainya doa dan pembayaran hutang berdasarkan nas yang ada dalam semua keadaan ini. Dan sah juga haji utk mayat, demikian juga jika simayat berwasiat melakukan haji sunat untuknya berdasarkan pendapat yang lebih Asah di sisi kami. Para ulama pula berbeza pendapat tentang orang yang meninggal dunia sedangkan dia masih ada qadha puasa, pandangan yang rajih di sisi kami harus berpuasa untuk mayat berdasarkan hadith yang sahih tentangnya. Manakala pandangan yang masyhur di dlm mazhab kami, membaca al-Quran tidak sampai pahalanya (kepada mayat), sebahagian ulama dalam mazhab kami pula berpendapat sampai pahala bacaan tersebut, ini juga pandangan Ahmad bin Hambal, adapun solat dan amalan-amalan ketaatan yang lain, di sisi kami dan jumhur (majority ulama) tidak sampai sedekah pahalanya, dan Ahmad berkata sampai pahalanya sama seperti haji.”
Berdasarkan perkataan al-Imam al-Nawawi ini menunjukkan sedekah pahala bacaan kepada mayat tidak sampai, dan inilah pandangan yang masyhur dalam mazhab al-Syafie. Jester itu, jika sedekah pahala bacaan kepada mayat tidak sampai, maka sedekah pahala bacaan kepada orang hidup LEBIH TIDAK SAMPAI.
Cuma pernah ditanya kepada Dr. Khalid bin Aliy al-Musyaiqih (Anggota lembaga Tadris, Uni. Al-Qasim) tentang sedekah pahala amalan kepada orang yang masih hidup, jawapan beliau adalah seperti berikut:
إهداء القربات للأحياء أو الأموات يصل أجرها للمُهدَى إليه إن شاء الله تعالى، ويدل لهذا حديث عائشة - رضي الله عنها- أن رجلاً قال للنبي -صلى الله عليه وسلم- إن أمي افتلتت نفسها، وأراها لو تكلمت تصدقت، أفأتصدق عنها، قال النبي - صلى الله عليه وسلم-: "نعم تصدق عنها" البخاري(1388)، ومسلم (1004)، والأحاديث في هذا كثيرة جداً، فيصل ثواب القربة للمهدى إليه إن شاء الله.
لكن هذا من قبيل المباح، والسنة أن يدعو له، لحديث أبي هريرة - رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم- قال: "إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة وذكر منها: أو ولد صالح يدعو له" مسلم(1631)، ولم يقل النبي - صلى الله عليه وسلم- يعمل له أو يتصدق عنه أو يصوم أو يصلي، فالخلاصة أن إهداء القربة يصل أجرها إن شاء الله، لكنه من قبيل المباح، والسنة والمشروع هو الدعاء.
Maksudnya: “Menghadiahkan pahala kepada orang yang hidup atau yang telah mati sampai pahalanya kepada mereka insyaallah, ia dibuktikan berdasarkan hadith ‘Aisyah r.a.: Seorang lelaki yang betanya kepada Nabi S.A.W.: ‘Sesungguhnya Ibu-ku telah meninggal dunia secara mengejut, dan saya melihat jika dia mengatakan hendak bersedekah, dia pasti akan bersedekah, maka apakah boleh aku bersedekah untuknya? Jawab Nabi S.A.W. : “Ya, bersedekahlah untuknya.” (al-Bukhari 1388 dan Muslim 1004). Dan hadith dalam perkara ini banyak, maka insyaallah sampai pahala sedekah kepada mereka.
Akan tetapi ini dari sudut keharusan (yakni apakah harus mensedekahkan pahala kepada orang yang masih hidup atau yang telah mati), sedangkan sunnahnya adalah berdoa untuk mereka berdasarkan hadith Abu Hurairah R.A. sabda Nabi S.A.W.:“Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara, dan salah satunya yang baginda sebut ialah doa anak soleh yang mendoakannya untuknya, (Muslim 1631), dan Nabi S.A.W. tidak menyebut pula (anak soleh) yang melakukan amalan untuknya atau bersedekah pahala untuknya atau melakukan puasa dan mendirikan solat untuknya. Maka kesimpulannya, menghadiahkan pahala amalan qurbah insyaallah sampai (kepada orang yang dihadiahkan pahalanya), akan tetapi ia hanya dari sudut keharusan. Sebaliknya berdasarkan sunnah dan yang disyariatkan adalah doa (untuk mereka). (sumber fatwa: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1243825049401&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar)