SDI 0449: Sapu Muka Selepas Doa

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya betul ke tiada hadis sahih mengenai menyapu muka selepas berdoa? Terima kasih.

Jawapan:

Ya BETUL, tiada hadis Sahih yg boleh dijadikan sandaran utk perbuatan menyapu muka slps doa.

Ada hadis riwayat Ibn Majah ttg sapu muka slps doa, ttp tlh dinilai sbg Lemah oleh Imam Ahmad, Ibn Ma'ien, Abu Hatim dan alDaraqutni, demikian juga Ibn alJauzi disebabkan ada seorg periwayat di dlm Sanadnya bernama Soleh bin Hassan صالح بن حسان yg dinilai oleh Imam alBukhari sbg Mungkar alHadis. Abu Nu'aim alAsbahani pula menilainya sbg Mungkar alHadis Matruk.

Selain itu ada juga hadis riwayat alTirmizi di dlm Sunannya dr 'Umar alKhattab ttg sapu muka slps doa. Stlh menyertakan hadis ini Imam alTirmizi berkata:

هذا حديث صحيح غريب ، لا نعرفه إلا من حديث حماد بن عيسى ، وقد انفرد به وهو قليل الحديث ، وحنظلة بن أبي سفيان ثقة ، وثقة يحيى بن سعيد القطان.

Maksudnya: "Hadis ini Sahih Gharib. Tidak kami ketahuinya melainkan dr hadis Hammad bin 'Iesa, beliau tlh menyendiri dgn meriwayatkan hadis ini, beliau pula seorg yg sedikit dlm periwayatan hadis (dr gurunya). Manakala Hanzalah bin Abi Sufyan adlh Thiqah, beliau dinilai Thiqah oleh Yahya bin Sa'ied alQattan."

alHafidz Ibn Hajar juga di dlm Bulugh alMaram menilai hadis ini sbg Hasan dgn Syawahid. Namun ulama lain beranggapan hadis ini SANGAT LEMAH. Justeru tidak boleh dikuatkan dgn Syawahid. Krn itu al-'Izz bin Abd alSalam berkata: "Tidak menyapu muka dgn dua tangan slps doa melainkan seorg jahil." (Fatawa al-'Izz bin Abd alSalam, halaman: 47)

Fatwa dr Lajnah Daimah menyatakan: "Akan ttpi di dlm sanad hadis ini ada Hammad bin 'Iesa, seorg yg Dhoief. Beliau menyendiri meriwayatkan hadis ini berdasarkan perkataan alTirmizi. Ketikamana doa adlh satu ibadah yg disyariatkan, dan tidak thabit sbg satu subbah dr perkataan dan perbuatan baginda menyapu muka dgn kedua2 tangan selepasnya, sebaliknya diriwayatkan dr jalan2 yg lemah. Maka yg lebih utama tidak melakukannya sbg beramal dgn hadis2 Sahih yg tidak menyebut baginda ada melakukannya." (24/215)

Ibn 'Uthaimin tlh memberi jalan penyelesaian yg murni dlm masalah ini dgn berkata:

الأفضل أنْ لا يمسح، ولكن لا نُنكرُ على مَن مَسَحَ اعتماداً على تحسين الأحاديثِ الواردة في ذلك؛ لأنَّ هذا مما يختلف فيه النَّاسُ

Maksudnya: "Yg afdhal ialah jangan disapu (muka dgn 2 tangan slps doa). Akan ttp tidak kita ingkari org yg menyapu muka krn bersandarkan kpd nilaian Hasan utk beberapa hadis ttgnya yg ada. Ini kerana persoalan ini termasuk sesuatu yg ada perbezaan pandangan org ramai (dlm kalangan ulama)." (alSyarh alMumti' 'Ala Zaad alMustaqni')


Cetak  
Wallahu a'lam