Soalan:
Assalamualaikum ustaz.. Adakah hukum solat saff seperti ini? Dalam keadaan sekarang tak salah ka kalau buat saff macam ni?
Jawapan:
Wa'alaikumus salam warahmatullah wabarakatuh.
Rapatkan saf sunat menurut majoriti ulama. Justeru jika imam yang bertugas, bilal dan siak masjid dibenarkan mendirikan jemaah sesama mereka dalam tempoh PKP, maka harus menjarakkan saf dalam situasi bimbangkan penularan wabak. Namun Tak ada keperluan utk susun saf spt di dlm gambar. Laksanakan penjarakan antara anak jemaah, tetapi dlm satu saf, bukan seperti di dalam gambar. Hal ini kerana sekalipun anak jemaah berjarakan antara mereka, ia tetap dikira di dalam satu saf. Sususan seperti yang ada di dalam gambar tidak betul dan jangan dicontohi. Tidak dapat laksanakan sunnah merapatkan saf, laksanakanlah sunnah lain yang mampu dilakukan berkaitan saf solat iaitulah memenuhkan saf pertama terlebih dahulu baharu dibuat saf berikutnya.
Soalan:
Kalau semuanya sihat selepas tiada tanda² dlm masa 2 bulan ni, apakah perlu kpd penjarakan ini ustaz.
Jawapan:
Jika penjarakan masih dianjurkan oleh pihak KKM, maka mesti dipatuhi kerana dalam situasi ini mereka adalah pihak "yang lebih mengetahui".