Soalan:
Salam ustaz adakah sunnah membaca tahiyat dan selawat penuh dalam tahiyat awal.
Jawapan:
Para ulama berbeza pandangan ttg hukum berselawat ke atas nabi dlm tasyahhud awal.
Majoriti ulama berpandangan ia tidak disyariatkan. Inilah juga pandangan alimam alSyafie dlm qaul qadimnya berdasarkan riwayat alimam alMuzani. Pandngan ini menjadi pilihan alimam Ibn alQayyim dan beliau mmpertahankannya.
Manakala minoriti ulama, terdiri dr bbrapa ulama mazhab alSyafie dan alimam alSyafie sendiri dlm qaul jadidnya mengatakan sunat berselawat ke atas Nabi dlm tasyahhud awal. Pandangan inilah yg dipilih oleh alAlbani dan Bin Baz.
Anda boleh bertaklid kpd mana2 ustaz yg anda yakini agamanya dlm mengambil mana2 pandangan ulama ini.
Namun, pandangan majoriti kelihatan lebih kuat memandangkan baginda meringkaskan tasyahhud awal berbanding akhir. Jika baginda membaca selawat d dlm tasyahhud awal sudah tentu ia tidak ringkas, krn berselawat ke atas Nabi d dlm solat, adlh selawat ibrahimiyyah berdasarkan keumuman hadis.