Soalan:
Salamualaikum ustaz,
Adakah sunnah iktikaf, bg seorang wanita? Mudir di tahfiz sy dahulu pernah ckp, wanita boleh iktikaf di kamarnya,oleh krana wanita tidk di galakkn ke masjid. Mohon pencerahan. Jazakallah khairan.
Jawapan:
TIDAK SAH. Demikian juga TIDAK SAH wanita beri'tikaf di ruang khusus untuk solat di rumahnya. Inilah pandangan majoriti ulama, dan pandangan ini dikuatkan dengan perbuatan para isteri Nabi yang mulia, di mana mereka meminta izin dari baginda Nabi SAW untuk beri'tikaf di masjid, dan Nabi membenarkannya. Demikian juga berdasarkan perbuatan para isteri Nabi SAW yang beri'tikaf di masjid selepas kewafatan baginda SAW.
Justeru, l'tikaf tidak sah melainkan di masjid untuk lelaki dan perempuan.
Tidak sah di sini bermaksud tidak dikira seperti beriktikaf di masjid. Adapun dia kekal di bilik beribadatnya, maka perkara itu termasuk dalam amalan yang besar pahalanya.
Soalan:
Boleh atau tidak isteri pergi i'tikaf tanpa beritahu suami atas alasan ibadah? tolong ustaz beri pencerahan.
Jawapan:
Tidak boleh.