SDI 0313: Makmum Tidak Tahu Imam Sujud Sajadah

Soalan:

Td semasa solat jumaat imam baca ayat sajdah pendek jer kat ayt yg sjud sajdah tuh..pah tu iman pon sujud lah..tp makmun x sujud..makmum hanya rukuk sahaja..kemudian imam bangun dan smbung ayt skit kmudian rukuk..makmum rukuk skali lg..

Sy nk tye..mcm mana solat itu..
SAH @TIDAK..

Jawapan:

Sah solat tersebut. Ia berlaku tanpa dpt dielakkan.

Cuma, jika makmum sedar kesilapannya ketika imam masih sujud sajadah. Makmum hendaklah segera sujud kerana mngikuti imam.

Jika sedar hanya apabila mendengar imam bertakbir bukan tasmi' atau ucap سمع الله, maka dia bangun berdiri ikut imam tanpa perlu sujud sajadah krn waktu sunat sujud sajadah tlh luput drnya.

SAH solat makmum dlm Kedua2 situasi ini.


Cetak  
Wallahu a'lam