SDI 0452: Tak Dapat Beramal Seperti Biasa Sebab Sakit

Soalan:

Salam Ustaz saya nak bertanya,

Saya mengalami masalah sakit tulang belakang di bahagian tengkok (cervical facet syndrome). Sakit ini menyebabkan saya kerap sakit tengkuk/kepala ). Sakit ini juga menyebabkan saya agak sukar untuk solat berjamaah di masjid kerana tak boleh tunduk dan berdiri lama rasa seolah olah nak pitam

Bagaimana tuntutan solat jamaah ke atas saya, Minta Pendapat ustaz.

Jawapan:

Tunaikan solat secara berjemaah itulah yg terbaik. Namun jika berkeuzuran utk hadir berjemaah, tunaikanlah secara sendirian.

Jika ketika sihat, anda sememangnya menunaikan solat secara berjemaah, namun sakit tlh menghalang anda dr melakukannya spt biasa. Mudah2 anda termasuk dlm hadis Nabi SAW:

إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا.

Maksudnya: "Jika seseorg hamba Allah itu sakit atau bermusafir, dicatitkan pahala utknya sptmana ketika dia sihat dan tidak bermusafir." (HR alBukhari, Ahmad, alBaihaqi dan selainnya dr Abu Musa alAsy'ari)

Ibn Hajar al'Asqalani mensyarahkan diri ini berkata:

وهو في حق من كان يعمل طاعة فمنع منها وكانت نيته لولا المانع أن يدوم عليها، كما ورد ذلك صريحًا عند أبي داود

Maksudnya: "hadis ini utk org yang sentiasa melakukan satu ketaatan. Lalu dia terhalang dr melakukan ketaatan tersebut, niatnya pula jika tidak disebabkan halangan itu, sudah pasti dia berterusan melakukan ketaatan tersebut, spt yg jelas terdapat dr riwayat Abu Daud."


Cetak  
Wallahu a'lam