SDI 0403: Dahulu Tak Solat, Benarkah Nak Kena Qadha Semua Waktu?

Soalan:

Assalam ustaz. Mohon pencerahan usaz bagaimana cara untuk qada balik solat yg banyak ditinggalkan? Ada dalam satu video ustaz .... , beliau menyarankan untuk qada satu waktu selepas setiap solat fardhu, dan pada waktu malam dijamakkan semua 5waktu dalam satu masa.

1. Bagaimana cara untuk jamak 5waktu?
2. Bagaimana pula dgn wudhu? Perlukah diperbaharui setiap 2kali solat qadha?

Terima kasih ustaz

Jawapan:

Wa'alaikumussalam Warahmatullah wabarakatuh.

Para ulama berbeza pandangan ttg org yg meninggalkan solat dgn sengaja. Apakah dia wajib qadha semula semua solat yg ditinggalkan dgn sengaja itu atau dia hanya perlu bertaubat dan mmperbanyakkan amalan soleh yg lain. Di bwh ini saya buatkan huraian ringkas:

1) Majoriti ulama berpandangan wajib ke atas ssiapa yg meninggalkan solat DENGAN SENGAJA mengqadhakan semua solat yang ditinggalkannya tersebut. Dalil mereka ialah hadisNabi SAW: “Sesiapa terlupa atau tertidur dr menunaikan sesuatu solat, maka kaffarahnya hendaklah dia menunaikannya apabila mengingatinya.” (alBukhari Muslim)

Dr hadis ini, majority ulama berkata:

“Hadis ini menunjukkan wajib qadha solat bg sesiapa yg terlupa, maka org yg sengaja meninggalkan adalah lebih utama utk diwajibkan qadha.”

2) Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyahdan, Abu Muhammad Ibn Hazm dan sebahagian Ashab alSyafie berpandangan solat yg ditinggalkan DGN SENGAJA tidak wajib qadha.

Bahkan jika dilakukan ia tidak diterima dan tidak sah, kerana ia ditunaikan bukan di dlm waktu yg telah ditetapkan. Ini kerana solat tersebut telah dilewatkan tanpa sbrg keuzuran yg dibenarkan oleh agama. Justeru solat tersebut tidak diterima.

Ulama dr golongan kedua ini berhujjah bahawa perintah yg ada dlm persoalan solat ialah perintah menunaikannya secara tunai atau di dlm waktunya tiada sbrg perintah utk dilaksanakan secara qadha atau diluar waktunya.

Oleh itu qadha solat yg ditinggalkan dgn sengaja memerlukan perintah dr Allah SWT atau Rasul SAW. Malangnya perintah itu tiada. Maka setiap ibadh yg tiada perintah dari Allah dan Rasul adalah tertolak dan tidak diterima.

Hadis yg dijadikan hujah oleh majoriti ulama adlh kpd mereka yg sememangnya memiliki niat dan keazaman untuk menunaikan solat, cumanya mereka terlupa atau tertidur. Ia berbeza dgn mereka yg sememangnya tiada niat dan tiada kehendak menunaikan solat ketika waktunya datang.

Selain itu, mewajibkan qadha solat yg ditinggalkan adlh suatu bebanan kpd mereka yg hendak bertaubat.

Oleh yg demikian, PANDANGAN YANG LEBIH KUAT dlm masalah ini ialah pandangan yg kedua, iaitulah TIDAK WAJIB mengqadha solat2 yg ditinggalkan pd waktu dahulu. Sbliknya org spt ini hendaklah bertaubat bersungguh2 dan mmperbanyakkan amalan saleh yg lain.

Ibn Hazm di dalam kitabnya alMuhalla melontarkan pandangan yg menarik dalam masalah ini, secara ringkasnya beliau menyatakan:

1. Siapa yg sengaja meninggalkan solat sehingga keluar waktunya, maka dia tidak akan mampu mengqadhanya buat selama2nya. Oleh itu perbanyakkanlah amal kebaikan dan solat sunat agar dapat memberatkan timbangan pahalanya di akhirat kelak, dan hendaklah dia bertaubat dan beristighfar kpd Allah ‘Azza wa Jall.

2. Bukti benarnya pandangan ini ialah brdasarkan firman Allah SWT:

“Maka kecelakaanlah bagi org yg solat, iaitu mereka yg lalai dr solat mereka.” (alMa'aun:4-5)

Demikian juga firmanNya:

“Maka datang sesudah mereka golongan yg mgabaikan solat, dan menurut hawa nafsu, kelak nnti mereka akan dihimpunkn di dlm neraka.” (Maryam 59).

Jika org yg sengaja meninggalkan solat masih berpeluang memperolehi solat yg ditinggalkannya dgn sengaja itu atau masih lagi dapat menunaikannya sekalipun tlh keluar dr waktunya, maka tiadalah kecelakaan (wail), tiada juga neraka utknya.

3. Allah SWT telah mnjadikan untuk setiap solat fardhu itu waktu yg tlh ditetapkan mula dan akhirnya. Sepertimana ibadat haji tidak diterima jika dilakukan di luar waktunya. Puasa juga tidak diterima jika dilakukan bukan pd siang hari Ramadhan. Maka bagaimana boleh solat ditunaikan d luar waktunya? Semua ibadat ini mmiliki waktu yg tlh ditetapkan, awal dn akhirnya, waktu2 ini tidak akan terpisah dari ibadat2 tersebut.

4. Di dalam hadis, baginda SAW telah nyatakan:

“Siapa yg terlepas drnya solat ‘Asar, maka dia seperti telah hilang keluarga dan hartanya.”

Baginda juga telah nyatakan bahawa ssiapa yg terlepas dr mana2 solat, tiada jalan lagi utk dia mendapatinya semula.

Kerana itu para ulama telah bersepakat sesiapa yang terlepas dgn sengaja sesuatu solat di dalam waktunya, dia tidak akan dapat semula solat tersebut. Jika masih boleh dilakukan atau diqadha, maka ini bermakna hadis nabi dan ijma’ ulama tersebut adlh suatu pendustaan dan pembohongan.

5. Pandangan ini juga merupakan pandnagan ‘Omar bin alKhattab, ‘Abdullah bin ‘Umar alKhattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, , Salman, Ibn Mas’ud, alQasim bin Muhammad bin Abi Bakr, Badil al-Uqaili, Muhammad bin Sirin, Mutarraf bin ‘Abdillah, Umar bin ‘Abdul Aziz dan lainnya. (Lihat alMuhalla bi alAthar oleh ‘Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm. Dar alFikr – Mas’alah Ta’ammud Tark al-Solah Hatta Kharaj Waqtuha)


Cetak  
Wallahu a'lam