Soalan:
assalamualaikum
ustz sy ada 1 soalan
tentang makmum perempuan/isteri solat jemaah bersama suami di manakah posisi yg betul2 nya dy perlu dduk di belakang iman ke di belakang sebelah kiri atau di belakang sebelah kanan
ada yg kata di belakang iman ja
Dilihat oleh Hafizy Shaidy
Jawapan:
Wa'alaikumussalam warahmatullah
Kedudukan isteri ketika berjemaah bersama suami adalah di belakang suami berdasarkan hadis, antaranya daripada Anas yang menceritakan:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِ وَبِأُمِّهِ أَوْ خَالَتِهِ قَالَ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ وَأَقَامَ الْمَرْأَةَ خَلْفَنَا
maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW pernah solat bersama dengan beliau, ibunya dan emak saudaranya." Anak berkata: "Baginda menempatkan daku di sebelah kanan baginda dan wanita di belakang kami." (HR Muslim)
Kata Ibn Rusyd al-Hafid:
Maksudnya: "Tiada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, seorang perempuan berdiri menunaikan solat di belakang imam, jika dia bersama dengan seorang lelaki, seorang lelaki itu berdiri di sebelah imam (sebelah kanan), dan wanita di belakang lelaki tersebut."