Soalan:
Assamualaikum ustaz,tumpang bertanya saya ade ttertinggal solat,jd pg sabtu slps subuh sehingga msk solat dhuha sy telah mengadha solat2 yg ttinggal dan sy telah membaca slps syuruk kite dilarang utk bersolat kerana kuar tanduk syaitan sehingga msknya waktu solat dhuha...semoga ustaz dpt mmbantu sy ya..tq
Jawapan:
Boleh menunaikan solat yang terluput disebabkan tertidur atau terlupa di waktu yang dilarang termasuk waktu antara Subuh dan Dhuha.
Hal ini berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW:
مَن نام عن صلاة أو نسيها فليصلها إذا ذكرها، لا كفارة لها إلا ذلك
Maksudnya: Sesiapa yg tertidur dr menunaikan solat atau terlupa, maka hendaklah dia tunaikan solat tersebut apabila mengingatinya, tiada kaffarah lain selain itu."