SDI 0380: Bacaan di Dalam Solat Wajib di Dengar Oleh Kita Sendiri?

Soalan:

Ustaz betul ke ni, tak sah solat kalau lafaz tapi tak dengar oleh telinga sendiri. saya nak kepastian. Kiranya kalau kita hanya baca guna gerakkan bibir dan lidah?



Jawapan:

Sah solat dgn bacaan bersama gerakan bibir dan lidah bg menyebut huruf2 dgn betul. Inilah pandangan yg lebih memenuhi maksud agama agar tidak mengganggu jemaah lain dgn bacaan alQuran kita. Pandangan ini telah dinyatakan oleh sbhgian ulama. Saya sertakan siri soal-jawab lama di dalam blog saya:

-----------------------

Tuesday, June 11, 2013

Bolehkah Bacaan Dalam Solat Sekadar Gerakan Hati? Perlukan Kita Memastikan Kita Mendengar Bacaan Tersebut?

 

Soalan:

Sahkan solat dengan bacaan rukun qauli sekadar dalam hati atau sekadar gerak bibir tanpa suara?

Jawapan: 

Yang dinamakan bacaan adalah beserta dengan gerakan lidah. Jika tanpa gerakan lidah ia tidak dinamakan sebagai bacaan sebaliknya hanya sekadar lintasan hati atau ingatan. Tidak Sah solat dengan hanya melintaskan rukun-rukun Qauli pada hati dan ingatan. Hal ini kerana Nabi SAW mengarahkan kita membaca bukan melintaskan ayat-ayat al-Quran di dalam solat, baginda bersabda:

لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب

Maksudnya: “Tiada solat bagi sesiapa yang tidak MEMBACA al-Fatihah.” (al-Bukhari dan Muslim)

Cumanya para ulama berbeza pandangan apakah bacaan mesti didengari  atau cukup sekadar menggerakkan lisan. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:

واشترط الحنفية والشافعية والحنابلة لاعتبار القراءة أن يسمع القارئ نفسه، فلا تكفي حركة اللسان من غير إسماع؛ لأن مجرد حركة اللسان لا يسمى قراءة بلا صوت؛ لأن الكلام اسم لمسموع مفهوم، وهذا اختيار الهندواني والفضلي من الحنفية ورجحه المشايخ. واختار الكرخي عدم اعتبار السماع؛ لأن القراءة فعل اللسان وذلك بإقامة الحروف دون الصماخ؛ لأن السماع فعل السامع لا القارئ، وهو اختيار الشيخ تقي الدين من الحنابلة أيضا. ولم يشترط المالكية أن يسمع نفسه وتكفي عندهم حركة اللسان، أما إجراؤها على القلب دون تحريك اللسان فلا يكفي، لكن نصوا على أن إسماع نفسه أولى مراعاة لمذهب الجمهور.

 Ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali mensyaratkan sesuatu itu dinamakan bacaan ialah dengan orang yang membaca menjadikan ia mendengar bacaan yang dibacanya, tidak memadai sekadar menggerakkan lisan tanpa mendengar. sekadar menggerakkan lisan tidak dinamakan membaca kerana tanpa suara. Ini kerana al-Kalam ialah kata nama untuk yang didengari lagi difahami. Inilah yang dipilih oleh al-Hinduwaniy (الهندواني) al-Fadhliy (الفضلي) dari mazhab Hanafi dan ditarjihkan oleh al-Masyayikh (المشايخ). Manakala al-Karkhi (الكرخي) tidak mengambil kira mendengar, ini kerana bacaan adalah perbuatan lisan, ia terlaksana dengan menyempurnakan sebutan huruf tanpa perlu didengari, ini kerana mendengar adalah kerja yang mendengar bukan kerja yang membaca. Pandangan ini juga dipilih oleh al-Syeikh Taqiyuddin dari mazhab Hambali. Mazhab Maliki pula tidak mensyaratkan didengari bacaan itu oleh yang membaca, di sisi mereka memadai dengan pergerakan lidah. Adapun melintaskan bacaan pada jantung hati tanpa pergerakan lidah adalah tidak memadai, namun mereka menyatakan perbuatan menjadikan diri sendiri mendengar bacaan yang dibaca adalah lebih utama sebagai meraikan pandangan mazhab jumhur (kebanyakan ulama)”


Cetak  
Wallahu a'lam