Soalan:
Salam ustaz..Jika saya baru sampai masjid.... boleh ka buat 3 jenis solat sunat
Iaitu sunat wuduk...tahiyatul masjid...dan qabliyah...? atau boleh ka gabungkan 3 solat itu menjadi 1... Mohon pencerahan...?
Jawapan:
Tunaikan solat sunat wudhu dan rawatib. Tak perlu lagi tunaikan tahiyyatul masjid.
Tak boleh digabungkan 3 solat itu menjadi satu. Namun dengan anda melaksanakan sama ada solat sunat wudhu atau rawatib, anda tidak perlu lagi tunaikan tahiyyatul masjid, kerana anda telah menunaikan solat sebelum duduk di dalam masjid.