SDI 0460: Jarak Antara Dua Azan Subuh

Soalan:

Salam ...kalau nak azan subuh 2 kali spt zaman nabi
1.berapakah jarak masa antara azan pertama dgn azan kedua?
2.muazzin perlu orang berbeza atau boleh orang yg sama utk kedua dua azan?
Jazakallah

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah.

  1. Tiada penetapan jarak masa tertentu antara azan pertama dan azan kedua setakat maklumat yg saya ada. Namun jika dpt diadakan jarak itu utk cukup seseorg menunaikan solat witir 1 rakaat atau bersahur jika dia terjaga dr tidur ketika azan pertama adalah baik.

  2. Hadis mengisyaratkan ada 2 org muazzin utk azan Subuh di zaman Nabi SAW. Bilal bin Rabah muazzin azan pertama dan Abdullah bin Ummi Maktum utk azan subuh kedua. Namun ini bukanlah satu kemestian. Selain itu diadakan 2 muazzin utk solat Subuh memiliki hikmah lain spt agar org ramai dpt bezakan antara azan pertama atau kedua dgn hanya mendengar suara muazzin yg berbeza.

Cetak  
Wallahu a'lam