Soalan:
Assalamualikum ustaz. Saya ingin bertanya, maksud solat bardain itu apa? Solat apa yang sejuk?
Jawapan:
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menunaikan solat Bardain, dia akan masuk syurga" (alBukhari dan Muslim)
Solat Bardain ialah Solat Asar dan Subuh. Dinamakan sebagai solat bardain kerana kedua-dua waktu itu berada di dua penghujung waktu iaitulah di akhir waktu siang dan di awalnya. Kebiasaannya di kedua-dua waktu ini bercuasa sejuk.
Dalam riwayat Muslim ada menyatakan tentang solat Bardain ini iaitulah Asar dan Fajr (subuh).