SDI 0917: Bagaimana Orang Pekak & Bisu Menunaikan Solat?

Soalan:

Bagaimana solat orang yg pekak dan bisu yg tak diberi didikan sejak kecil.. Maksudnya bahasa isyarat hanya bercakap dgn isyarat ringkas shaja..

Jawapan:

Wajib ke atas penjaganya mengajarkannya solat menurut kemampuannya.

Kaedah umum bagi yang tidak dapat melaksanakan perkara-perkara wajib di dalam solat, maka perkara wajib tersebut gugur darinya. Wajib dia melakukan apa-apa yang mampu sahaja berdasarkan firman Allah SWT:

فاتقوا الله ما استطعتم

Maksudnya: "bertakwalah kamu semua kpd Allah menurut kemampuanmu." (alTaghabun: 16)

DemiKian juga hadis Nabi SAW:

إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم

Maksudnya: "Apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka lakukanlah menurut kemampuanmu." (alBukhari dan Mulsim)

Oleh itu, seorang pekak dan bisu yang tidak dapat membaca, gugur daripadanya kewajipan membaca bacaan-bacaan yang tidak mampu dibacanya di dalam solat.

Namun jika dia mampu bertasbih sahaja sebagai contoh, maka wajib dia bertasbih pada tempat bacaan yang wajib. Jika bertasbihpun tidak mampu, maka gugurlah tasbih dan bacaan.

Jika dia langsung tidak dapat membaca dan menyebut apa-apa sama sekali, maka gugurlah daripadanya semua bacaan wajib dan rukun qauli di dalam solat. Namun dia tetap wajib solat dan melaksanakan rukun-rukun lain seperti rukun fi'li, antaranya berdiri, rukuk dan sujud.

Orang seperti ini masuk ke dalam solat dengan niat dalam keadaan berdiri, setelah itu rukuk apabila tiba masanya dan sujud dan lain-lain. Dia tidak wajib lagi membaca alQuran dan membaca zikir-zikir lain di dalam solat dan lain-lain.


Cetak  
Wallahu a'lam