Soalan:
Salam. Adakah orang terencat akal yg hanya boleh duduk dan baring perlu dimandikan oleh penjaganya utk bersuci selepas haid?
Bagi saya dia tak mukallaf. Sbb bg saya, tujuan mandi wajib adalah utk bersuci utk nak buat ibadah. Tp kalau dia mmg tak buat ibadah.. tak perlu mandi wajib lah.apa pendapat ustaz? Adakah betul pemahaman saya?
Jawapan:
Jika terencat akal yang dimaksudkan ialah pesakit yang tidak dapat berfikir dan memahami apa yang diajar. Maka dia termasuk orang yang tidak mukallaf. Justeru tidak wajib ke atasnya semua perintah-perintah dan tegahan-tegahan syarak. Tiada mandi wajib bagi mengangkat hadas untuknya, kerana mandi mengangkat hadas memerlukan niat sedangkan dia tidak dapat berniat.