Soalan:
Salam ustaz. Nk tanya sikit
1. Pak mertua saya skrg ni pakai tiub di kemaluan sbb ada masalah kencing sumbat/ batu karang. Jadi dia tanya & ustad ni bagitau yg dia perlu qada’ balik semua solat sepnjg dia pakai tiub & juga tk dibenarkan jadi imam. Betul ke camtu?
2. Bab solat jemaah. Kalau kita solat sendirian & dihujung solat, ada org jadi makmum kita, boleh lagi ke pahala 27 kali ganda?
Jawapan:
1. TAK PERLU qadha solat yang telah ditunaikan dalam keadaan memakai tiup kerana ketika itu pak mertua dalam keuzuran. Inilah pandangan yang lebih kuat menurut penilaian para ulama seperti Ibn 'Uthaimin, Muhammad alMukhtar alSyanqiti dan lain-lain. Inilah juga pandangan yang lebih mendatangkan keringanan kepada orang seperti bapa mertua anda.
Tentang bapa mertua yang bertiup menjadi imam. Ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Pandangan yang dipilih oleh beberapa ulama semasa ialah bapa mertua tersebut BOLEH menjadi imam dan SAH solat mereka. Inilah juga pandangan para ulama Mazhab Maliki dan Syafie.
2. Pahala 27 darjat diperolehi hanya untuk yang mendapat jemaah bersama imam ratib. Jika jemaah kedua juga memperolehi kelebihan yang sama, maka akan luputlah anjuran-amjuran solat berjemaah di masjid bersama imam ratib. Lalu setiap orang berhak dan bebas ke masjid bila-bila masa sahaja yang mereka suka.
Namun tidak dinafikan solat jemaah kedua adalah tetap lebih baik dari solat sendirian.