Keluarkan Zakat Fitr Dengan Wang Adalah Harus

Keluarkan zakat fitr dengan nilai adalah HARUS bahkan inilah pandangan yang RAJIH. Ia bertepatan dengan pandangan alImam Abu Hanifah dan para sahabat beliau. Inilah juga pandangan Sufyan alThauri dan alHasan alBasri dari kalangan tabi'ien.

Keharusan ini terpakai terutamanya pada ketika wang lebih diperlukan oleh orang miskin sepertimana realiti hari ini di kebanyakan tempat di serata dunia. Mudah-mudahan hadis Nabi SAW:

أغنوهم في هذا اليوم

Maksudnya: "Cukupkan mereka (orang-orang miskin) pada hari ini (hari raya)", mengukuhkan pandangan ini. Org miskin bukan sahaja memerlukan makanan, bahkan mereka juga memerlukan pakaian dan seumpamanya.

Menyerahkan wang sebagai nilai zakat fitrah mencukupkan keperluan mereka sepertimana makanan asasi mencukupkan keperluan makanan mereka. Bahkan realitinya organg miskin pada hari ini lebih memerlukan wang berbanding beras. Maka realiti ini menunjukkan memberi zakat alFitr berbentuk wang adalah lebih utama.

Keadaan akan menjadi sebaliknya jika orang miskin memiliki beras yang amat banyak, sudah tentu mereka terpaksa menjualnya untuk mendapatkan wang. Hal ini sudah tentu akan mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Namun jika mereka memiliki wang, mereka berupaya membeli keperluan mereka termasuk beras dan keperluan-keperluan lain seperti pakaian dan seumpamanya.


Cetak  
Wallahu a'lam