Para Sahabat mengeluarkan zakat alFitr dengan gandum berdasarkan NILAI yang menyamai satu gantang tamar di zaman Nabi SAW.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: "كنا نُخرج - إذ كان فينا رسول الله صلى الله عليه وسلم - زكاةَ الفِطر عن كل صغير وكبير، حرٍّ أو مَملوك - صاعًا من طعام، أو صاعًا من أَقِطٍ، أو صاعًا مِن شَعير، أو صاعًا من تمر، أو صاعًا من زبيب، فلم نزل نُخرجه حتى قدم علينا معاوية بن أبي سفيان حاجًّا أو مُعتمِرًا، فكلَّم الناس على المنبر، فكان فيما كلم به الناس أن قال: إني أرى أن مُدَّين من سمراء الشام تَعدِل صاعًا من تمر، فأخذ الناس بذلك، قال أبو سعيد رضي الله عنه: فأما أنا فلا أزال أخرجه كما كنتُ أُخرجه أبدًا ما عشتُ
Maksudnya: "Daripada Abi Sa'ied alKhudri RA katanya: "kami dahulu - di zaman Nabi SAW - akan mengeluarkan zakat alFitr untuk seorang kanak-kanak, seorang dewasa, seorang merdeheka, seorang hamba sebanyak satu gantang (empat cupak) makanan sama ada satu gantang keju atau satu gantang barli atau satu gantang tamar atau satu gantang kismis. Demikianlah kami mengeluarkan zakat alFitr sehinggalah datang Muawiyah bin Abi Sufyan menunaikan haji atau umrah. Beliau menyampaikan khutbah kepada orang ramai di atas mimbar dan antara yang dinyatakan beliau ialah:
"Sesungguhnya aku melihat bahawa dua cupak (setengah gantang) gandum Syam menyamai satu gantang tamar." Lalu org ramai mengambil pandangan beliau."
Kata Abu Sa'ied RA: "Adapun aku berterusan mengeluarkan zakat alFitr sepertimana dahulu aku mengeluarkannya buat selama-lamanya selagi aku hidup." (alBukhari 1508 dan Muslim 985. Lafaz ini berdasarkan riwayat Muslim)
Orang ramai yang dimaksudkan oleh Abu Sa'ied RA ini adalah terdiri dari para sahabat Nabi SAW dan tokoh-tokoh besar tabi'ien. Inilah yang diamalkan oleh para sahabat setelah berlaku futuhat dan gandum banyak diperolehi dan setengah gantang pada mereka menyamai nilai satu gantang tamar di zaman Nabi SAW.