SDI 1205: Bersetubuh Dengan Sangkaan Belum Subuh, Ternyata Sangkaan Saya Salah

Soalan:

Assalamualaikum Ust.

Saya baru kahwin. Skrg saya berada di kampung, musafir lah. Pagi tadi saya ingat belum subuh, jadi saya menyetubuhi isteri saya. Rupanya dah subuh.

Adakah saya perlu bayar kafarah?

Jawapan:

1. Ada perbezaan pendspat di kalangan ulama dalam masalah anda. Tidak perlu kafarah kerana anda melakukan persetubuhan menyangka fajar belum terbit.

2. Anda tidak berdosa dengan perbuatan tersebut kerana tersilap sangka. Namun suka saya jelaskan juga bahawa, jika hubungan intim tersebut berlaku sebelum masuk subuh dan selesai sebelumnya, puasa sah tanpa sebarang masalah. Jika tahu masuk subuh, ketika hubungan intim berlangsung, lalu segera berhenti, tidak perlu qadha dan kafarah. Jika tetap meneruskan hubungan setelah tahu masuk subuh, maka wajib qadha dan kafarah.

3. Apakah perlu qadha? ulama juga berbeza pandangan dalam masalah ini. Sebahagian mengatakan wajib qadha dan inilah pendangan alNawawi di dalam al-Majmu'. al-Nawawi mendakwa inilah pandangan Ibn 'Abbas, Mu'awiyah bin Abi Sufyan, 'Atha, Sa'ied bin Jubair, Mujahid, al-Zuhri dan al-Thauri. Kata beliau: "demikian itulah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Munzir dan selainnya. Inilah juga pandangan Abu Hanifah, Malik, Ahmad, Abu Thaur dan Majoriti".

Oleh itu, beramal dengan pandangan ini adalah lebih berhati-hati.

Baca juga: Radio Terawal Siarkan Laungan Azan Maghrib


Cetak  
Wallahu a'lam