Jawapan:
Tak ada solat sunat rawatib slps azan pertama hari jumaat. Inilah pandangan yg lebih benar, kerana solat jumaat d zaman nabi saw hanya ada 1 azan, slps dilaungkan azan baginda nabi saw terus berkhutbah. Jelas menunjukkan tiada dua rakaat sblm jumaat.
Maka sbgaimana ibadat yg dilakukan di zaman nabi, maka demikianlah ibadat pd hari ini.
Azan dua kali dilakukan oleh saidina uthman ra disebbkan ada keperluan ketika itu, iaitulah utk mengingatkan org yg semakin ramai hampirnya waktu solat jumaat. Kerana itu azan pertama ini, bukan dilakukan di masjid di zaman uthman.
Cuma, para sahabah dan generasi salaf, mereka dtg awal ke masjid dan banyak menunaikan solat sunat mutlak 2 rakaat 2 rakaat. Solat sunat 2 rakaat ini terus ditunaikan stlh dilaungkan azan pertama ini. Sbhgian org kemudian tersalah anggap, mereka menyangka solat tersebut adlh sunat qabliyah jumaat.
Justeru, jika masuk masuk selepas azan pertama dilaungkan, maka solat yg perlu ditunaikan ialah solat tahiyyatul masjid.