Soalan:
Maaf...
S2. Adakah orang yg buat korban utk kedua orang tuanya juga dilarang untuk memotong kuku dan rambut?
# soalan2 semasa kuliah...
Jawapan:
Larangan potong kuku dan rambut ialah kepada orang yang hendak buat korban inilah yang dinaskan di dalam hadis: من أراد أن يضحي sesiapa yang hendak buat korban.
Dalam soalan di atas jika ditanya siapa yang buat korban? Maka sudah tentu sianak, kerana dialah yang berniat dan mengeluarkan belanja untuk korban tersebut. Maka dialah yang dilarang potong kuku dan rambut. Adapun kedua orang tuanya, tidak dikenakan larangan tersebut.