Oleh: al-Syeikh Khalid bin ‘Abdul Aziz al-Huwaisin
Terjemahan maksud: Mohamad Abdul Kadir Sahak
31. Termasuk amalan sunnah sptmana hadis Abi Ayyub yg diriwayatkan oleh Ahl alSunan bahawa seseorg memadai menyembelih seekor korban utk dirinya dan ahli keluarganya. Jika ada penambahan maka itu afdhal (lebih utama).
32. Janin yg masih di dlm kandungan ibunya tidak disyariatkan dimasukkan sekali di dlm korban.
33. Pandangan yg sahih dan stlh melakukan pemerhatian sptmana yg dibuktikan berdasarkan sunnah ialah harus korban dilakukan untuk yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.
34. Setiap org yg berniat melakukan korban sama ada lelaki ataupun perempuan hendaklah menahan diri dr menggunting dan mengerat rambut mahupun kuku sekalipun hanya sedikit.
35. Sesiapa yg mewakilkan kpd org lain utk menyembelih korbannya. Org yg diwakilkan utk menyembelih boleh mengerat dan memotong rambut dan kukunya. Larangan hanya kpd pemilik korban.
36. Jika mewakilkan tukang sembelih di luar dr negaranya. Pemilik korban tetap dihalang menggunting dan mengerat rambut dan kukunya.
37. Jika masuk 1 Zulhijjah, seseorg masih belum berniat hendak melaksanakan korban, maka dia boleh menggunting atau mengerat rambut dan kukunya. Apabila datang keazaman hendak melakukan korban slps 1 Zulhijjah, maka ketika itu wajib dia menahan diri dari menggunting atau mengerat rambut dan kukunya sehinggalah dia laksanakan korbannya.
38. Pandangan sebahagian ulama spt Abu Hanifah, alSyafi'ie dan lainnya HARUS berkongsi sesama adik-beradik dan ahli keluarga (tlg menolong) utk membayar harga satu korban (namun korban atas nama seorg).
39. Tidak boleh melakukan korban dgn haiwan yg cacat sebelah matanya, yg terlalu kurus, buta, tempang jelas kakinya, gila (المجنونة أو الثَوْلاء), tidak bergigi (الهتماء), tidak lagi bersusu (الجداء) dan setiap yg dinyatakan sbg larangan di dlm nas sahih.
40. Harus dan makruh berkorban dgn haiwan yg tiada lagi bersusu sebelah kantungnya dan terlalu kurus.