PERSOALAN BERKAITAN KORBAN (3)

Oleh: al-Syeikh Khalid bin ‘Abdul Aziz al-Huwaisin
Terjemahan mafhum: Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak

21. Jika dibaringkan binatang sembelihan ke sebelah kanannya dan disembelih, SAH juga sembelihan tersebut.

22. Disyariatkan ketika sembelih membaca "Bismillah, Allahu Akbar" berdasarkan perkhabaran yg sahih dr Rasulillah SAW.

23. Jika penyembelih terlupa membaca Basmalah, sembelihan tersebut tetap SAH tanpa ada hukum makruh.

24. Digalakkan juga ketika hendak menyembelih, org yg berkorban menyatakan: اللهم هذا منك وإليك Allahumma Haza Minka wa Ilaika bermaksud: "Ya Allah, (korban) ini drpdMu dan kpd Mu" spt yg dinyatakan di dlm hadis.

25. Kata Ibn Taimiyyah RH, yg dimaksudkan dgn "Ya Allah, (binatang korban) ini drpdMu" iaitulah (binatang korban) ini adalah kelebihan dan pemberian rezeki dr Mu. Manakala makna "kepada Mu" pula ialah seseorg yg berkorban itu mendekatkan diri hanya kepada Mu dgn menyembelih binatang korban tersebut .

26. Org yg berjunub juga harus menyembelih korban.

27. Digalakkan org perempuan yg hendak berkorban menyembelih sendiri binatang korbannya (jika memiliki kemampuan), krn telah sahih riwayat dr Abu Musa yg menyuruh puteri beliau menyembelih sendiri korban mereka.

28. Jika wanita yg berhaid atau bernifas menyembelih binatang korbannya. Sembelihan tersebut SAH tanpa ada sbrg hukum makruh.

29. Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah mentarjihkan binatang korban yg lebih mahal harganya adalah lebih afdhal berbanding yg gemuk.

30. Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah mentarjihkan binatang korban yg lebih mahal harganya adlh lebih afdhal berbanding yg murah harganya sekalipun banyak bilangannya.


Cetak  
Wallahu a'lam