SDI 0902: Bacaan Rekaan Ketika Duduk Antara Dua Sujud?

Soalan: 

Ustaz poster sebaran ini betul?

Jawapan:

Poster tersebut SALAH.

1. Terdapat beberapa riwayat bacaan antara dua sujud. Bacaan antara dua sujud bukan hanya diriwayatkan drpd Ibn 'Abbas shj. Berdasarkan riwayat yg lain Thabit bacaan WA A'FINI. Antaranya berdasarkan riwayat Abu Malik drpd bapanya:

Yg mendengar Nabi SAW bersabda ketika ditanya oleh seorh lelaki apa doa yg perlu dibacanya (dlm duduk antara dua sujud)?

Baginda menjawab:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي

Dlm riwayat alTirmizi, Abu Daud dlm Kitab alSolah-Bab alDua Bain alSajdatain 850 dan Ibn Majah juga terdapat kalimah WA'AFINI. Bahkan di sisi alNasa'ie drpd Huzaifah RA, Nabi SAW hanya membaca:

رب اغفرلي رب اغفرلي

Maksudnya: "Tuhanku, ampunkan daku, tuhanku ampinkan daku" sahaja. Jgn pula nanti ada yg membuat poster bacaan duduk antara dua sujud hanya Rabbighfirli, rabbighfirli dan selain drpd itu tiada. Ini satu kejahilan.

Oleh itu dinasihatkan jgn ghairah membuat poster utk disebarkan melainkan hendaklah terlebih dahulu minta mana2 ustaz utk semakan. Ingat bahaya menyebarkan hadis palsu, demikian juga bahaya menghukum palsu amalan yg thabit di dlm sunnah.

Oleh itu poster yg disebarkan itu tidak benar.

2. Para ulama berbeza pandangan. Bacaan antara dua sujud ini apakah MESTI berdasarkan yg ada dlm riwayat shj atau boleh ditambah dgn bacaan2 lain, krn berpandangan kedudukan duduk antara dua sujud itu adalah kedudukan doa yg ada keluasan membaca apa2 menurut keperluan. Sekalipun yg afdhal kata mereka adlh berpada dgn lafaz yg ada dlm riwayat sahaja.

Inilah pandangan yg menjadi pilihan ramai dr kalangan ulama termasuk alImam alNawawi RH, bahkan alSyeikh Bin Baz RH juga. Beliau berkata:

ثم يرفع من السجدة ... ، ويقول : رب اغفر لي , رب اغفر لي , رب اغفر لي , كما كان الرسول صلى الله عليه وسلم يقوله , ويستحب أن يقول مع هذا : اللهم اغفر لي وارحمني واهدني واجبرني وارزقني وعافني ؛ لثبوت ذلك عنه صلى الله عليه وسلم , وإذا قال زيادة فلا بأس كأن يقول : اللهم اغفر لي ولوالدي ، اللهم أدخلني الجنة ، وأنجني من النار ، اللهم أصلح قلبي وعملي ونحو ذلك , ولكن يكثر من الدعاء بالمغفرة فيما بين السجدتين كما ورد عن النبي صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: "Kemudian dia bangun dr sujud... dan membaca: "rabighfirl" sptmana yg dilakukan oleh Rasulullah SAW. Digalakkan juga utk dia baca bersamanya: Allahummaghfirli warhamni wahdini wajburni warzuqni WA'AFINI" krn bacaan ini thabit dr Baginda SAW. Jika dia tambah tidak mengapa juga spt berdoa: "Allahumma ghfirli wa liwalidaiya, Allahumma adkhilni alJannah, wa anjini minannar. Allahumma aslih qalbi wa amali..." dan seumpamanya. Akan tetapi dibanyakkanlah doa istighfar antara dua sujud sptmana yg warid dr Nabi SAW." (Majmu' Fatawa Bin Baz 11/36)


Cetak  
Wallahu a'lam