Soalan:
Assalamualaikum...
Boleh ke binatang seperti kambing biri2 yang telah di buang ekor di jadikan utk korban atau aqiqah.
Tujuan ekor di buang utk menjaga kebersihan pada kambing tersebut supaya tiada najis melekat pada bulu..
Terima kasih
Jawapan:
Sah korban binatang yang tiada ekor sama ada terpotong ataupun lahir tiada ekor, kerana ia tidak termasuk aib yang menjadikan korban tidak sah. Inilah pandangan Imam Ibn Qudamah dan alSyeikh Ibn 'Uthaimin, kedua-duanya dari mazhab Hambali. Namun tidak memotong ekor kambing adalah lebih utama sebagai keluar dari khilaf ulama.
Tidak dinafikan ada perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Secara ringkasnya:
1. Jika terpotong seluruh ekor. Hukumnya TIDAK BOLEH dibuat korban di sisi Majoriti Ulama melainkan ulama mazhab Hanbali.
2. Terpotong sebahagian. TIDAK BOLEH di sisi Ulama Syafie sama ada yang terpotong sebahagian itu sedikit mahupun banyak. Kerana ia termasuk aib yang jelas di sisi mereka.
Ulama Hanafi berpandangan jika yang terpotong sedikit BOLEH buat korban kerana sukar dielakkan.
Pandangan Sahih di sisi Ulama Maliki TIDAK BOLEH jika yang terpotong 1/3 ke atas. Jika kurang dari 1/3 TAK MENGAPA.