Soalan:
Apa hukum sembahyang sunat sebelum musafir?
Jawapan:
Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat sunat menunaikan solat sunat sebelum bermusafir. Sebahagian mereka berdalilkan dengan hadith di bawah:
حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ الْمُطْعِمِ بْنِ مِقْدَامٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا خَلَفَ عَبْدٌ عَلَى أَهْلِهِ أَفْضَلَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ يَرْكَعُهُمَا عِنْدَهُمْ حِينَ يُرِيْدُ سَفَرًا
Maksudnya: "Menceritakan kepada kami 'Isa bin Yunus, daripada al-Auza'ie, daripada al-Mut'im bin Miqdam katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W.: "Tidak ada yang lebih afdhal ditinggalkan oleh seseorang untuk keluarganya berbanding dua rakaat yang ditunaikannya di sisi mereka ketika dia hendak keluar untuk bermusafir."
Namun hadith ini telah dihukumkan sebagai LEMAH (ضعيف) oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Dhaiefah.
Walaupun begitu, terdapat hadith lain yang secara umum menggalakkannya iaitulah:
إذا دخلت منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء وإذا خرجت من منزلك فصل ركعتين تمنعانك مخرج السوء
Maksudnya: "Apabila kamu masuk ke dalam rumah-mu, maka tunaikanlah solat dua rakaat, ianya menghalang kamu dari kemasukan sesuatu keburukan, dan demikian juga jika kamu keluar daripada rumah-mu, solatlah dua rakaat, ianya menghalang kamu dari kemasukan sesuatu keburukan."
Hadith ini dinilai para perawinya sebagai thiqah di dalam Majma' al-Zawa-id, dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami'