SDI 1219: Hukum Tak Hadir Jumaat Setelah Nama Tersenarai Fasa PKPB

Soalan:

salam ust kadir apa hukum orng yang namanya tersenarai utk hadir solat jumaat tapi dia x hdir.

Jawapan:

Solat Jumaat hukumnya wajib ke atas setiap individu yang cukup syarat wajib. Ia adalah perintah Allah SWT.

Tiada solat Jumaat di musim PKP adalah arahan yang datang kemudian, disebabkan keterpaksaan atau bimbangkan mudharat. Namun hukum asal masih kekal.

Apabila seseorang yang dipilih untuk boleh hadir tunaikan solat Jumaat pada fasa PKPB, maka hukum asal wajib Jumaat terlaksana padanya ketika itu. Wajib dia hadir dan berdosa jika dia ponteng, melainkan dengan sebab keuzuran lain yang dibenarkan syara'.


Cetak  
Wallahu a'lam