SDI 0471: Kedudukan Isteri Solat Jemaah Bersama Suami

Soalan:

Salam ustaz. Maaf ganggu. Sy ada satu pertanyaan.
Mcm mna kedudukan makmum, kalau makmum tu isteri kita, solat berdua ja dgn dia. Disampng kanan/belakang?

Jawapan:

Kedudukan isteri ketika berimamkan suami adalah DI BELAKANG suami. Kedudukan wanita adlh di belakang saf lelaki sekalipun mahramnya.

Hal ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW yg pernah menunaikan solat berjemaah bersama ummu Sulaim, Anas dan seorg Yatim. Dimana Ummu Sulaim yg merupakan ibu kpd Anas berada seorg diri di saf belakang. Demikian juga hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim drpd Anas bin Malik:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِ وَبِأُمِّهِ أَوْ خَالَتِهِ قَالَ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ وَأَقَامَ الْمَرأة خلفنا

Maksudnya: "Bahawa rasulullah SAW pernah solat bersama beliau, ibu dan emak saudara beliau." Anas berkata: "Baginda menjadikan aku berdiri di sisi kanan baginda. Manakala ibu dan emak saudaraku berdiri (dalam satu saf) di belakang kami."

Kata Ibn Rusyd alHafid:

ولا خلاف في أن المرأة الواحدة تصلي خلف الإمام وأنها إذا كانت مع الرجل صلى الرجل إلى جانب الإمام والمرأة خلفه

Maksudnya: "Tiada khilaf bahawa seorg wanita solat di belakang imam. Jika bersama seorg makmum lelaki, makmum lelaki ini berdiri di sisi kanan imam, manakala seorg wanita tadi berdiri di belakang imam.


Cetak  
Wallahu a'lam