SDI 0862: Takbir Dalam solat Raya Perlu Angkat Tangan?

Soalan:

Bagaimana pula ttg takbir2 dlm sembahyang raya? Bersa.a angkat tanga atau tidak? Ni pun banyak pandangan jugak.

Jawapan:

Terdapat dua pandangan ulama:

Pandangan pertama: Takbir bersama angkat tangan. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi (Hasyiah Ibn 'Abidin 1/174), Mazhab alSyafi'ie (Fath al'Aziz 5/51), mazhab Hambali (alMughniy 3/272) dan pandangan Imam Malik ('Aqd alJawahir 1/421).

Dalil:

i. Qiyas, iatulah takbir-takbir tersebut berada pada ketika berdiri, maka ia disamakan dengan takbiratul Ihram dan takbir ruku', kedua-duanya takbir bersama angkat tangan.

ii. Diriwayatkan daripada Umar alKhattab RA yang mengangkat kedua-dua tangan bersama setiap takbir untuk solat janazah dan dua raya. (alBaihaqi di dalam alKubra 3/293)

iii. Dirjwayatkan daripada Ibn Umar yang mengangkat kedua-dua tangan bersama setiap takbir solat janazah. (alBaihaqi di dalam alKubra 4/44)

Ulama golongan pertama ini melakukan qiyas takbir-takbir solat raya dengan takbir-takbir solat jenazah. Qiyas seperti ini di dalam Usul alFiqh dikenali sebagai:

Menggabungkan furu' kepada Asal kerana satu Illah yang berhimpun pada kedua-duanya. Maka apabila pembuat syariat menyatakan sesuatu persoalan dan mensifatkannya sesuatu sifat, kemudian sifat tersebut didapati ada juga pada persoalan lain yang tidak dinyatakan oleh pembuat syariat atas ainnya, tanpa dibezakan antara keduanya dan antara yang dinyatakan, maka wajib digabungkan ygan furu' itu kepada yang asal pada hukumnya. Ini kerana pembuat syariat yang maha mengetahui tidak membezakan antara persoalan-persoalan yang saling menyerupai pada sifat-sifatnya. (Risalah Latifah Jami'ah Fi Usul alFiqh alMuhimmah 22)

iv. Dirjwayatkan juga daripada 'Atho yang mengankat kedua-dua tangan bagi setiap takbir, demikian juga makmum di belakangnya. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 11382 2/491).

Antara ulama yang memilih pandangan kedua-dua tangan diangkat bersama dengan takbir dalam solat hari raya ialah :

Imam Nawawi (alMajmu' 5/26), alJauzijani (alAsl 1/338), Ibn Qudamah alMaqdisi (alMughniy 2/119), Ibn alQayyim (Zad alMaad 1/443), alTohawi (Mukhtasar Akhlaq alFuqahaa' 1/373).

Di dalam Ahkam al'Iedain oleh alFaryabi 182 dinyatakan dari Imam Malik yang berkata: "Aku mengangkat kedua-dua tanganku pada setiap takbir (solat raya)." Yahya bin Ma'ien berkata: "aku berpandangan diangkat kedua-dua tangan pada setiap takbir" (Su-alaat alDuri 3/464). Kata Ibn Qudamah: "dan keseluruhannya (takbir) disunatkan mengangkat kedua-dua tangan." (alMughniy 2/119). Kata Ibn alQayyim: "dahulunya Ibn Umar dengan keadaannya yang bersungguh mengukit sunnah, akan mengangkat kedua2 tangan bersama setiap kali takbir." (Zad alMaad 1/443)

Pandangan kedua: takbir tanpa perlu diangkat kedua-dua tangan. Inilah pandangan ulama mazhab malik. ('Aqd alJawahir 1/421)

Dalil:

i. Tiada sunnah yang thabit dari Nabi SAW. Kata Imam Malik: "tidak diangkat kedua-dua tangan pada takbir-takbir solat hari raya, melainkan takbiratul ihram." (alMudawwanah 1/169), ini juga pandangan Ibn Hazm alZahiri (alMuhalla 5/128)

Kesimpulan: alSyeikh Soleh alLuhaidan berkata: "jika seseorang mengangkat tangannya btidak mengapa, jika tidak mengangkatnya juga tidak mengapa."


Cetak  
Wallahu a'lam