SDI 0860: Berapa Sebenarnya Bilangan Takbir Solat Raya?

Soalan: 

Ust, masih ttg solat raya. Sebenarnya berapa bilangan takbir dlm solat raya? 7 takbir trrmasuk takbiratul ihram atau mcmana? Mohon penjelasan ust. Terima kasih

Jawapan:

Ttg bilangan takbir solat hari raya, terdapat 3 pandangan ulama:

Pertama: 3 kali takbir slps takbiratul ihram dlm rakaat pertama dan 3 kali takbir lagi dlm rakaat kedua SELEPAS membaca alFatihah dan sblm ruku'.

Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi (Hasyiah Ibn 'Abidin 2/172) dan pandangan Imam Ahmad berdasarkan salah satu riwayat drpd beliau (alInsaf 2/341)

Dalil:

i. Diriwayatkan drpd Ibn Mas'ud RA yg beliau bertakbir sebanyak 4 kali (dlm rakaat pertama termasuk takbiratul ihram), kemudian beliau membaca alFatihah, kemudian bertakbir dan ruku'. Setelah itu utk rakaat kedua beliau bertakbir 4 kali (termasuk takbir utk bangun ke rakaat kedua). (Riwayat Abdul Razzaq di dlm alMusannaf 5687 - Kitab al'Idain - Bab alTakbir Fi alSolah. Dinilai Sahih oleh Ibn Hazm di dlm alMuhalla 5/83)

ii. Diryawatkan drpd Ibn 'Abbas RA yg bertakbir sbnyk 4 kali, kemudian membaca alFatihah, kemudian takbir dan ruku'. Utk rakaat kedua beliau bertakbir 4 kali juga. (Abdul Razzaq di dlm alMusannaf 5687)

Kedua: 7 kali takbir bersama takbiratul ihram dlm rakaat pertama, 6 kali takbir bersama takbir utk bangun ke rakaat kedua (sblm alFatihah). Inilah pandangan ulama mazhab Maliki (alMudawwanah 1/169, alKafi 1/264). Inilah juga pandangan ulama mazhab Hambali (alMughniy 3/271).

Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah memilih pandangan ini di dlm Majmu' alFatawa 20/365. Demikian juga anak muridnya Ibn alQayyim di dlm Zad alMa'ad 1/444)

Dalil:

i. Diriwayatkan drpd ibn umar yg menyertai abu hurairah solat raya, beliau bertakbir dlm rakaat pertama 7 kali sblm membaca alFatihah. Dlm rakaat kedua pula 6 kali takbir sblm alFatihah. (Abu Daud di dlm Sunannya 1151 - Kitab alSolah Bab alTakbir Fi al'Idain, alTirmizi di dlm Jami'nya 536 - Kitab alJumuah - Bab Ma Ja-a Fi alTakbir Fi al'Ied dan Ibn Majah di dlm sunannya 1297 - Kitab Iqamah alSolah - Bab Ma Ja-a Fi Takbir alImam Fi Solah al'Ied)

Kata Imam Malik: "inilah pandangan di sisi kami (alMuwattha' 115), Syarh alZarqani 1/513). Kata Ibn ' Abd alBarr: "Inilah berlakunya amalan ahli madinah." (alIstizkar 8/53)

ii. Diriwayatkan drpd 'Aisyah RA bahawa Nabi SAW bertakbir utk solat raya fitri dan Adha dlm rakaat pertama sbnyk 7 kali dan dlm rakaat kedua sbnyak 5 kali tidak termasuk takbir utk ruku'. (Abu Daud dlm sunannya 1149, 1150 - Kitab alSolah - Bab alTakbir Fi al'Ied, Ibn Majah di dlm sunannya 1280 - Kitab Iqamah alSolah - Bab Ma Ja-a Fi Takbir alImam Fi Solah al'Ied dan alDaraqutni di dlm sunannya 2/46 dinilai Sahih oleh alAlbani di dlm Sahih Abi Daud 1019)

Ketiga: 7 kali takbir slps takbiratul Ihram dan 5 kali takbir slps takbir berdiri rakaat kedua. Inilah pandangan ulama mazhab alSyafi'ie (alUmm 1/395). Pandangan pilihan Ibn 'Abd alBarr dj dlm alKafi 1/264 dan Ibn Hazm di dlm alMuhalla 5/83).

Dalil:

i. Sama spt dalil pertama pandangan ke-2 di atas. Mereka berpandangan rawi riwayat ini menyatakan takbir2 tambahan tidak bersama takbiratul ihram dan takbir utk bangun ke rakaat kedua.

Kesimpulan: berlaku kepelbagaian pandangan sahabat Nabi ttg bilangan takbir solat raya. Ini menunjukkan kepelbagaian itu suatu yg harus dan dibenarkan. Kata Imam Ahmad: "dan semuanya adalah harus." (alFuru' oleh Ibn Muflih 2/139). Pandangan ini dipilih oleh Ibn 'Uthaimin dlm alSyarh alMumti' 5/179)


Cetak  
Wallahu a'lam