SDI 0863: Nak Baca Apa Antara Takbir2 Solat Hari Raya?

Soalan: 

Ustaz ada x bacaan tertentu di antara takbir2 dlm solat raya?

Jawapan:

Terdapat 2 pandangan ulama dlm masalah ini, ringkasnya spt berikut:

Pandangan pertama: Tiada apa2 bacaan. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi (Hasyiah Ibn Abidin 2/175) dan ulama mazhab Maliki ('Aqd alJawahir 1/241). Kata Ibn 'Abd alBarr: "dan antara takbir (solat raya) tiada apa2 zikir, doa dan apa2 bacaan melainkan diam tanpa sbrg batasan." (alKafi 1/264)

Pandangan kedua: Digalakkan bertahlil, bertakbir dan bertahmid. Inilah pandangan ulama mazhab Syafi'ie (alHawi 3/116, alUmm 1/395) dan ulama mazhab Hambali (alMughniy 3/274).

Dalil: diriwayatkan drpd Abdullah bin Mas'ud RA yg pernah ditanya apa yg perlu diucapkan antara takbir2 (tersebut)? Jawab beliau: "memuji, memuja Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW." (Riwayat alTabarani di dlm alMu'jam alKabir 2/37 dan dinilai Sahih oleh alAlbani di dlm alIrwaa' 642).

Pandangan ini menjadi pilihan alSyaukani di dlm Nail alAwthor 3/314.

Persoalan lain yg juga akan timbul ialah: Apakah boleh dibaca zikir lain di antara takbir2 solat hari raya?

Lajnah Daimah atau Jawatankuasa Fatwa Saudi berfatwa 7287: "Tidak kami ketahui dlm persoalan ini ada satu sunnah yg thabit."

alSyeikh Soleh alFauzan berkata: "dan jika seseorg membaca zikir lain, maka tidak mengapa kerana tiada penetapan zikir tertentu padanya." (alMulakkhas alFiqhi 214)


Cetak  
Wallahu a'lam