SDI 0476: Hukum Berimamkan Masbuk

Soalan:

Salam ustaz saya ada soalan berkenaan masbuq. Setelah Imam mengucapkan salam, ada beberapa masbuq bangkit untuk menyempurnakan baki rakaat. Soalannya, perlukah salah seorang diantara masbuq tersebut ke depan untuk menjadi Imam. APakah kriteria yang akan ke depan? Sahkah solat mereka dan adakah cara ini mengikut sunnah? Mohon pencerahan yang berbahagia Ustaz.

Jawapan:

Ada perbezaan pendapat ulama dalam persoalan ini. Ulama mazhab Malik dan majoriti ulama mazhab Hambali berpandangan tidak sah solat berimamkan masbuk. Ini kerana mereka berpandangan seorang masbuk adalah seorang makmum, solatnya tetap dikira memiliki hubungan dengan imam, sekalipun imam telah selesai solatnya. Jesteru, masbuk tidak boleh menjadi imam.

Mereka mengatakan orang yang menunaikan solat, dia samada seorang imam atau makmum. Orang yang masbuk adalah seorang makmum sehingga selesai solatnya. Dia tidak boleh dalam solat yang sama menjadi makmum seketika, dan setelah itu menjadi imam pula.

Masbuk ada hukumnya yang tersendiri. Jika dia tidak sempat membaca alFatihah namun sempat rukuk dan toma'ninah bersama imam, kewajipan alFatihahnya dipikul atau ditanggung oleh imam. Solat yang disempurnakannya setelah imam selesai, solatnya masih terikat dengan solat imam tadi. Maka dia masih dikira seorang makmum. Justeru dia tidak boleh menjadi imam dalam masa yang sama.

Berbeza dengan pandangan para ulama mazhab syafie dan sebahagian ulama mazhab Hambali yang mengatakan Sah berimamkan masbuk.

Mereka berpandangan seorang masbuk yang menyempurnakan solatnya setelah imamnya sempurna solat, makmum itu dikira sebagai seorang yang solat bersendirian (المنفرد). Dia bukan lagi seorang makmum.

Inilah pandangan yang lebih rajih, dengan alasan jika dia terlupa berapa rakaat yang dia terlepas dari mengikut imam, dia hendaklah melaksanakan sujud sahwi, terlupanya itu tidak dipikul atau ditanggung oleh imam lagi kerana mereka telah terpisah.

Jawapan yang sama untukk soalan anda, iaitulah Sah solat masbuk berimamkan masbuk yang lain. Inilah jawapan jika dilihat dari sudut sah ataupun tidak. Iaitulah pandangan yang lebih rajih adalah SAH.


Cetak  
Wallahu a'lam