Soalan:
Assalamu'alaikum ustaz.
Bgmnakah cara mbayar fidyah bagi mereka yg sakit terlantar yg tiada harapan utk sembuh? (tidak nyanyuk). Brpkah kadar fidyah yg wajib di bayar pd hari2 yg di tinggalkan puasa. (contohnya sdh 4 thn terlantar sakit). Sekian, t kasih.
Jawapan:
Dr. Yususf al-Qaradhawi berkata:
والفدية: طعام مسكين. قدره بعض الفقهاء بمقدار (مد) وهو ربع صاع وبعضهم بصاع من تمر أو طعام إلا القمح، فجعل منه نصف صاع. وبعضهم رأى إطعام المسكين ما يشبعه وهذا عندي هو الأرجح، وهو الذي أفتى به الصحابة وعملوا به مثل أنس، فقد أطعم بعد ما كبر عاما أو عامين عن كل يوم مسكينًا خبزًا ولحما وأفطر
Maksudnya: "Fidyah: Memberi makan orang miskin. Sebahagian fuqaha' berpendapat kadar fidyah ialah satu MUD bersamaan dengan 1/4 SO'ز ’anakala sebahagian yang lain berpendapat 1 SO’ Tamar, atau apa-apa makanan tidak termasuk gandumز ـika dengan gandum ia menjadi 1/2 SO'. Sebahagian yang lain pula berpendapat (membayar fidyah dengan) memberi makan orang miskin dalam kadar yang mengeyangkan mereka. Inilah pandangan yang lebih rajih (benar) di sisiku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi). Inilah yang telah difatwakan dan diamalkan oleh beberapa sahabat seperti Anas setelah dia uzur kerana tua selama setahun atau dua tahun dengan memberi makan setiap hari yang ditinggalkan seorang miskin dengan makanan roti (makanan asasi) dan daging.” (sumber: al-Qaradhawi: Taisir al-Fiqh (Fiqh al-Siyam), ms. 70-71)
Cara membayar fidyah
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:
أما كيفية الإطعام، فله كيفيتان: الأولى: أن يصنع طعاماً فيدعو إليه المساكين بحسب الأيام التي عليه، كما كان أنس بن مالك -رضي الله عنه- يفعله لما كبر. الثانية: أن يطعمهم طعاماً غير مطبوخ، قالوا: يطعمهم مد بر أو نصف صاع من غيره، أي: من غير البر، ومد البر هو ربع الصاع النبوي... لكن ينبغي في هذه الحال أن يجعل معه ما يؤدمه من لحم أو نحوه، حتى يتم قوله تعالى: وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين
Maksudnya: “Adapun cara memberi makan (orang miskin), terdapat dua cara: Pertama: Membuat makanan dan menjamunya kepada orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkannya, sepertimana yang dilakukan oleh Anas bin Malik RA ketika beliau uzur disebabkan tua. Kedua: Memberi orang miskin makanan yang belum dimasak satu mud Barli atau setengah so’ dari makanan yang selainya (terdiri daripada makanan asasi), satu mud Barli menyamai ¼ so’ al-Nabawi… Sewajarnya disediakan juga bersamanya lauk seperti daging atau seumpamanya, agar tertunainya firman Allah: “Dan ke atas orang-orang yang tidak mampu berpuasa, hendaklah dia memberi makan orang miskin.”
Bolehkah menggantikan fidyah dengan memberi duit
Para ulama berbeza pendapat dalam masaalah ini. Lebih utama adalah memberi makan kepada orang miskin sebagai mematuhi asal arahan Allah SWT di dalam al-Quran. Namun jika ada kesukaran yang tidak dapat dielakkan bolehlah seseorang mengambil pandangan mazhan Hanafi yang membenarkan dikeluarkan wang sebagai ganti memberi makan. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Soalan:
Salam Ustaz,
Apa makna SO?
Terima Kasih.