SDI 0831: Kelebihan Wudhu Sebelum Tidur Malaikat Doakan keampunan

 
Soalan: 
 
Jawapan:
 
Terdapat hadis yang menunjukkan makna sepetti yang ditanya. Antaranya:
 
مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلَّا، قَالَ الْمَلَكُ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا
 
Maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci (berwudhu), tidur di bawah pakaiannya malaikat. Dia tidak bangun melainkan malaikat akan berkata: "Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan suci."
 
Hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah bin alMubarah di dalam alZuhd dan Ibn Hibban di dalam Sahih beliau. Akan tetapi di dalam sanadnya terdapat rawi bernama alHasan bin Zakwan yang dinilai Dhaieh oleh Imam Ahmad, Ibn Ma'ien dan selain mereka. Namun hadis ini mempunyai sokongan (syahid) dari hadis lain yang diriwayatkan oleh alTabarani dalam alMu'jam alKabir:
 
طَهِّرُوا هَذِهِ الْأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللهُ، فَإِنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَبِيتُ طَاهِرًا إِلَّا بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ لَا يَنْقَلِبُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا
 
Maksudnya: "Sucikanlah jasad-jasad kamu semua, Allah akan sucikan kamu semua. Sesungguhnya tiada seorang hamba yang bermalam dalam keadaan suci melainkan bermalam bersamanya satu malaikat di bawah pakaiannya. Tidak dia berubah kedudukan pada malam hari (ketika tidurnya itu) melainkan malaikat itu akan berkata: "Ya Allah ampunilah hambaMu ini, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan suci."
 
Sebahagian ulama menilai hadis ini Hasan dengan adanya sokongan. Kerana itu alAlbani menilai hadis tentang perkara ini di sisi alTabarani di dalam alAwsath sebagai Hasan Lighairih di dalam Sahih alTarghib 599.
 

Cetak  
Wallahu a'lam