Soalan:
Assalamualaikum pak cik... boleh tak jelaskn ni (screnshot bawah), kalau kita telan kahak batal puasa?

Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullah.
Ada perbezaan pendapat ulama disebabkan berbeza penilaian terhadap kahak, apakah boleh kita katakan kahak termasuk dalam kategori makanan minuman?
Sebahagian ulama berpendapat menelan kahak yang telah keluar ke mulut, termasuk dalam kategori makan dan minum atau tergolong dalam perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam perut. Maka mereka menghukumkannya sebagai membatalkan puasa.
Namun pak cik rasa ada kekeliruan pada nukilan dalam kenyataan di atas yang didakwa dari alSyeikh Muhammad bin Soleh al'Uthaimin tentang hukum haram telan kahak. Sama ada kekeliruan itu berlaku pada nukilan atau terjemahan ke bahasa english. Ini kerana kahak bukan suatu yang najis, maka sukar untuk dikatakan haram menelannya apatah lagi perbuatan menelan kahak atau hingus tidak akan dilakukan oleh sesiapa melainkan dalam keadaan terpaksa sahaja.