SDI 0482: Wudhu Utk Solat Sunat Tidak Boleh Tunai Solat Fardhu

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya pada Dr. Adakah Wudhu' bagi Solat Sunat tidak boleh digunakan untuk Solat Fardhu? Ini kerana biras saya mengatakan beliau selalu juga mendengar tentang hal ini oleh ustaz-ustaz di Televisyen yang menyatakan Wudhu' bagi Solat Sunat tidak boleh digunakan untuk Solat Fardhu. Ini menjadi kemusykilan sedangkan apa yang saya tahu, selagi wudhu' masih ada kita bebas untuk gunakan untuk solat dan sebagainya. Memang adakah sebegitu ataupun saya yang tersilap faham? Mohon penjelasan.

Jawapan:

Smmgnya ada ulama yg menyatakan perkara ini dgn alasan hadis 'Umar alKhattab iaitulah "Setiap amalan berdasarkan niatnya..."

Oleh itu mereka berpandangan brwudhu utk solat sunat tak boleh tunaikan solat fardhu krn berbeza niat niatnya. Mereka juga mencadangkan agar diniatkan ketika berwudhu adlh utk mengangkat hadath bagi boleh menunaikan ibadah yg berbagai. Bukan dgn niat utk tunaikan solat tertentu. Namun Imam Ibn Qudamah RH berpandangan sebaliknya, dan pandangan beliau ini lebih kukuh. Di dlm alMughniy beliau berkata:

مسألة : قال : وإذا توضأ لنافلة صلى فريضة
لا أعلم في هذه المسألة خلافا وذلك لأن النافلة تفتقر إلى رفع الحدث كالفريضة وإذا ارتفع الحدث تحقق شرط الصلاة وارتفع المانع فأبيح له الفرض وكذلك كل ما يفتقر إلى الطهارة كمس المصحف والطواف إذا توضأ له ارتفع حدثه وصحت طهارته وأبيح له سائر ما يحتاج إلى الطهارة وقد ذكرنا ذلك فيما مضى

Maksudnya: "Persoalan: "Jika seseorg berwudhu utk solat sunat, lalu dia solat fardhu tidak aku ketahui ada perbezaan pendapat ulama. Ini krn solat sunat memerlukan diangkat hadath sama spt solat fardhu. Apabila telah terangkat hadath maka telah terlaksana satu syarat sah solat iaitulah terangkatnya penghalang solat. Maka dibolehkan bgnya menunaikan solat fardhu. Demikian juga (dibolehkan kpdnya melakukan) setiap amalan yg memerlukan toharah spt menyentuh alQuran dan Tawaf..."


Cetak  
Wallahu a'lam