SDI 0483: Bila Berakhir Waktu Maghrib?

Soalan:

Ustaz bilakah berakhirnya waktu maghrib?

Jawapan:

Waktu Maghrib bermula dgn tenggelamnya matahari. Ttg bila berakhirnya waktu Maghrib pula, para ulama berbeza pandangan.

Berdasarkan pandangan yg masyhur dr mazhab Malik dan Syafie ialah pd kadar boleh ditunaikan solat Maghrib sekali. Pandangan ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud yg menceritakan Jibrail datang pd masa yg sama utk solat Maghrib pd 2 hari bg menerangkan waktu solat.

Manakala mazhab Hanafi, Hambali dan Thauri berpandangan waktu Maghrib berterusan hingga hilangnya Syafaq. alImam alNawawi mentarjihkan pandangan ini. Dan beliau berkata:

هذا القول هو الصحيح لأحاديث صحيحة منها: حديث عبد الله بن عمرو بن العاص أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "وقت المغرب ما لم يغب الشفق" وفي رواية: "وقت المغرب إذا غابت الشمس ما لم يسقط الشفق".
وفي رواية: "وقت المغرب ما لم يسقط ثور الشفق" رواه مسلم بهذه الألفاظ كلها

Maksudnya: "Dan pandangan inilah yg Sahih berdasarkan beberapa hadis yg Sahih, antaranya: hadis abdullah bin amr bin al'Ash bahawa Nabi SAW bersabda: "waktu Maghrib, selagi belum hilang syafaq." Dlm satu riwayat: "waktu Maghrib, apabila tenggelam matahari, hingga selagi belum hilang Syafaq." Dlm satu riwayat: "waktu maghrib, selagi belum hilang warna syafaq yg bertebar." Semua lafaz ini diriwayatkan oleh Muslim.

Yg dimaksudkan dgn alSyafaq الشفق di sisi majoriti ulama ialah warna kemerahan yg kelihatan setelah tenggelamnya matahari di sebelah barat.


Cetak  
Wallahu a'lam