Nasihat Kepada Para Imam Solat Tarawih Dari alSyeikh Sa'ied alKamaliy

Terjemahan: Bin Sahak
 
Menangis Ketika Doa Qunut Witir
 
Berkata (alImam) Malik: "Semua itu (doa qunut Witir) adalah ringan (sedikit) bukan banyak (tidak memberatkan)."
 
Syarah:
 
Apa yang dikatakan oleh (imam) Malik RH ini adalah yang benar. Ianya dibuktikan dengan sabda Nabi SAW. Tidak diketahui dari Nabi SAW tentang qunut witir sama-sekali baginda berdiri dengan lama untuk berdoa sehingga orang yang berdiri terpaksa duduk, orang yang duduk boleh membawa kepada tidur disebabkan lamanya berdiri. Kita tengak perkara ini dilakukan di masjid alHaram. Imam yang berdoa di dalam solat begitu lama hingga melebihi setengah jam. Keadaan ini berlaku juga di sebahagian masjid di tempat kita. Ada orang cerita kepada aku terdapat salah satu masjid berdoa (qunut witir) di dalam solat, berdoa sahaja sehingga 50 minit. Tidak tersembunyi lagi padanya terdapat tindakan memberatkan dan sengaja dibuat, demikian juga mengajar orang ramai supaya riak, menunjukkan-nunjuk dan berlakon. Kerana bagi dia, dia perlu menangis, dia masuk ke dalam solat, apabila sampai tempat imam berdoa, dia kena menangis. Ketika lalu ayat memberi amaran, ancaman, hari kiamat dan neraka jahannam dia tidak menangis. Bila imam mula membaca doa, dia baru menangis dan teriak. Ini keluar dari adab solat.
 
Dahulu salah seorang guru kami yang telah dikurniakan kefahaman. Ada tempat budak-budak menhafaz alQuran selepas Maghrib. Dalam bulan Ramadan guru yang mengajar budak-budak menghafaz alQuran itu mengimamkan solat mereka. Imam ini apabila mula solat dia akan mula menangis. Lalu syeikh meminta supaya jangan dibenarkan orang itu menjadi imam. Kata beliau: "orang seperti ini tidak patut menjadi imam kepada budak-budak selepas dari hari ini." Kenapa? Kerana dia mengajar budak-budak supaya menangis di dalam solat (ketika solat berjemaah). 
 
Apakah ini bermaksud menangis di dalam solat itu satu perkara buruk? Tidak! (akan tetapi) sengaja bagi menangis sehingga menjadikan teriak itu yang dimaksudkan. Sedangkan hatinya keras berbanding batu yang disebut sebagai contoh di dalam alQuran, dalam masa yang sama dia sengaja bagi menangis dan teriak. Ini yang dimaksudkan imam tersebut mengajar buat-budak menangis.
 
Namun jika tangisan itu ketika solat bersendirian, antara kamu dengan Allah, maka buat dan menangislah, demikian itulah sebaik-baik tangisan. Nabi SAW sendiri menangis hingga basah janggut baginda. Mereka dahulu apabila tidak dapat menahan tangisan, mereka akan menyembunyikannya dan tidak menzahirkan (bunyi dan tandanya). Semua ini yang membawa kami berbicara tentang perkataan (imam) Malik: "semua itu (doa qunut witir) adalah ringan (sedikit) bukan banyak (tidak memberatkan."
- tamat - sumber: https://youtu.be/Uz4g4NKWk-M
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam