Soalan:
Slm ustaz sy tertarik dgn penerangan jamak dan qasar ustaz. Saya ada satu kemusykilan yg perlu penjelasan. Situasinya begini. Pada hari perjalanan balik dr bermusafir. Saya bertolak selepas isyak, boleh x saya jamak dan qasar solat maghrib n isyak pada waktu maghrib? Sedangkan perjalanan balik hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Dan masih ada waktu isyak ketika saya sampai ke rumah saya. Alasan utk jamak n qasar adalah penat dan balik boleh terus tidor? Mohon penjelasan ustaz. Tq.
Jawapan:
Selagi anda menunaikan solat qasar dan jamak dalam keadaan seorang musafir, maka sah solat anda tersebut sekalipun ketika anda sampai di rumah waktu solat kedua (isyak) masih ada. Setelah menyebut dua perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini, di mana sebahagian mengatakan jamak seperti itu batal dan sebahagian kata tidak. Imam Nawawi berkata yang Asah ialah solat jamak itu tidak batal sama seperti seorang yang telah qasar dalam perjalanan kemudian dia menjadi seorang yang bermuqim (sampai di kampungnya). (Lihat alMajmu' 4/180)