Soalan:
Sy berulang setiap hari dr semenyih ke rawang(tempat kerja)..pd jarak lebih kurang 50 km lebih..boleh ke sy mengambil rukhsah setiap hari(jama'qasar?
Jawapan:
Ulama dari dahulu berbeza pandangan dalam menetapkan jarak perjalanan sehingga seorang itu boleh dianggap bermusafir, lalu dia boleh menggunakan keringanan yang diperuntukkan seperti qasar solat dan lain-lain. Yang pasti, TIADA BUKTI JELAS Nabi SAW ada menetapkan jarak tertentu untuk boleb qasar. Hal ini diperakui oleh semua ulama. Justeru ia menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka.
Salah satu pandangan yang menarik untuk dilontarkan bertujuan membuka ruang kemudahan kepada org ramai ialah; mana-mana jarak perjalanan yang memerlukan bekalan dan pengangkutan atau kenderaan, maka ia adalah musafir yang dibenarkan qasar solat. Hal ini kerana bukti menunjukkan Nabi dan para sahabat melakukan qasar bagi perjalanan yang memerlukan bekalan makanan dan tunggangan.
Justeru, jarak 50 KM adalah suatu jarak yang seseorang memerlukan tunggangan atau kenderaan. Demikian juga dia tidak mampu untuk pergi-balik ke rumahnya untuk mendapatkan makanan melainkan dia terpaksa berbekal atau makan dalam perjalanan.
Penyoal:
Jazakallahu khayr ustaz...kini sy berasa lebih yakin dgn qaul yg sy pegang selama ni..Alhamdulillah..sy dpt jwpan terus drpd ustaz..t.kasih na...
Bin Sahak: Sama-sama. Baik juga untuk saya nyatakan di sini. Yang afdhal atau yang lebih utama dilakukan solat qasar tanpa jamak. Ia bermakna setiap solat zohor, asar dan isyak anda lakukan di dalam waktunya secara qasar tanpa dijamakkan dengan waktu pasangan masing-masing. Melainkan jika anda menghadapi kesukaran, maka ketika itu lakukanlah jamak dan qasar. Namun, jika anda tetap jamak dan qasar, solat anda sah.