SDI 0806: Jamak Solat di Ampang

Soalan: 
Assalamualaikum Ustaz.
Maaf jika soalan ini pernah dijawab. Mungkin saya terlepas pandang.
Soalan:
Saya menetap di Ampang. Kerja saya consultant sebuah produk kesihatan yang memerlukan saya travel ke negeri-negeri lain. Situasinya, pada hari Isnin, saya bergerak dari Johor ke Ampang untuk urusan kerja di sini selama 2 hari (Selasa dan Rabu). Jadi, saya tidur di rumah sendiri sahaja. Pada hari Khamis, saya akan bergerak pula ke Bahau Negeri Sembilan. Bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar pada masa saya berada di Ampang itu? Mohon pencerahan ustaz.
 
Jawapan:
Ketika saudara sampai di kawasan perumahan saudara di Ampang, saudara bukan lagi bermusafir, kerana Ampang adalah tempat tinggal saudara. Tak boleh qasar.
 
Soalan: 
Ustaz, mohon bertanya.
Jika sudah sampai ke rumah setelah bermusafir. Bolehkah kita melakukan jamak qasar lagi.
 
Jawapan: 
Jika sudah sampai ke rumah dr bermusafir. TIDAK BOLEH lagi Qasar solat, krn qasar hanya utk musafir. Namun peruntukan jamak masih ada jika berlaku suasana sukar yg di luar dr kebiasaan.
 
Soalan: 
Sy berulang setiap hari dr semenyih ke rawang(tempat kerja)..pd jarak lebih kurang 50 km lebih..boleh ke sy mengambil rukhsah setiap hari (jama'qasar?
 
Jawapan: 
Ulama dari dahulu berbeza pandangan dalam menetapkan jarak perjalanan sehingga seorang itu boleh dianggap bermusafir, lalu dia boleh menggunakan keringanan yang diperuntukkan seperti qasar solat dan lain-lain. Yang pasti, TIADA bukti jelas Nabi SAW ada menetapkan jarak tertentu. Hal ini diperakui oleh semua ulama. Justeru ia menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka.
 
Salah satu pandangan yang menarik untuk saya kongsikan bertujuan membuka ruang kemudahan kepada orang ramai ialah; mana-mana jarak perjalanan yang memerlukan bekalan dan pengangkutan, maka ia adalah musafir yang dibenarkan qasar solat. Hal ini kerana bukti menunjukkan Nabi dan para sahabat melakukan qasar dan jamak bagi perjalanan yang memerlukan bekalan makanan dan tunggangan.  
 
Justeru, jarak 50 KM adalah satu jarak yang seseorang memerlukan tunggangan atau kenderaan. Demikian juga dia tidak mampu untuk pergi-balik ke rumahnya bagi mendapatkan makanan melainkan dia terpaksa berbekal, menyiapkan wang atau makan dalam perjalanan.
 
Baik juga utk saya nyatakan di sini. Iaitulah yag afdhal atau yang lebih utama dilakukan solat qasar tanpa jamak. Ia bermakna setiap solat zohor, asar dan isyak anda lakukan di dalam waktunya secara qasar tanpa dijamakkan dengan waktu pasangan masing-masing. Melainkan jika anda menghadapi kesukaran, maka ketika itu lakukanlah jamak dan qasar. Namun, jika anda tetap jamak dan qasar, solat anda sah.
 
Soalan: 
Dari pemahaman saya, boleh untuk jama' setiap hari berdasarkan syarat seperti yang dinyatakan ustaz iaitu memerlukan pengangkutan dalam perjalanan tersebut. sebelum ni saya agak risau untuk jama' setiap hari atas dasar terlalu bermudahan. Tapi berdasarkan hujah di atas seperti nya tiada masalah untuk jama' walaupun tiap hari.
 
Jawapan: 
Kefahaman yang sepatutnya dari jawapan di atas ialah:
1. Jarak tersebut dikira musafir bagi sesiapa yang menempohnya.
2. Apabila musafir, maka BOLEH qasar dan Jamak.
3. Qasar TANPA jamak lebih Afdhal jika tiada kesempitan lain dari musafir.
4. Bagi seorang yang bermusafir, jika dia tetap tunaikan qasar dan jamak sekalipun tiada kesempitan lain, solatnya tetap sah.
 
Penyoal: 
Syukran Ustaz. Jelas kesimpulannya. Pandangan ini sangat membantu saya dalam urusan kerja saya di tempat kerja. Moga Allah rahmati ustaz.
 
 
 
 
 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam