SDI 1244: Tak Sengaja Tersebut "Aduh" Ketika Solat

Soalan:

Salam ustaz, seseorg ketika solat tersebut "aduh" kerana tersujud di atas batu. Sahkah solatnya?

Jawapan:

Jika sememangnya terungkap kerana tidak sengaja, maka tak mengapa insyaAllah. Kata alImam alNawawi RH berkaitan percakapan jenis ketiga di dalam solat:

الثالث: أن يتكلم ناسياً ولا يطول كلامه، فمذهبنا أنه لا تبطل صلاته، وبه قال جمهور العلماء

"Ketiga: percapakan dalam keadaan terlupa (tak sengaja) dan tidak panjang. Maka mazhab kami (Syafi'ie), tidak batal solatnya. Inilah pandangan majoriti ulama." (alMajmu' 4/17. Tahkik Muhammad Najib alMuti'ie, Maktabah alIrsyad, Jeddah, Saudi)


Cetak  
Wallahu a'lam