SDI 1246: Hukum Pijak Gambar Kaabah di Sejadah Solat

Soalan:
Salam.sejadah adalah alat lapik utk solat.atas sejadah ada tertera gambar kaabah.apa hukum memijak gambar kaabah disejadah tersebut.mohon pencerahan ust. Soalan dari anak jemaah.

Jawapan:

Tiada masalah memijak gambar Kaabah di sejadah solat. Gambar Kaabah bukan Kaabah. Bahkan Kaabah yang sebenarpun dinaiki dan dipijak di atasnya. Umat Islam yang masuk ke dalam Kaabah memijak bahagian dalam Kaabah. Tiada larangan dalam hal ini, jika ia bebas dari maksud menghina Kaabah yang merupakan salah satu syi'ar agama Islam.

Sebenarnya perkara yang lebih patut dielakkan ialah solat di atas sejadah yang terdapat banyak gambar dan ukiran termasuk Kaabah. Hal ini kebiasaannya akan mengganggu tumpuan solat. Kerana itu terdapat hadis termasuk riwayat alBukhari dan Muslim yang menunjukkam Nabi SAW tidak suka solat dengan terdapat ukiran di hadapan baginda dan baginda minta ukiran yang ada itu dipindahkan.


Cetak  
Wallahu a'lam