SDI 0786, Susulan SDI 0785: Imam Lupa Mandi Hadas

Soalan: 
 
Salam ustaz .. berkenaan soalan dan jawapan ustaz tadi tentang terlupa mandi hadas dan solat .. bagaimana kalau seorang imam yg solat jemaah sedangkan dia lupa mandi hadas dan dia teringat selepas beberapa jam .. adakah para jemaah juga perlu qado ?
 
Jawapan:
Ada khilaf dalam kalangan ulama. Namun yang lebih kuat ialah sah solat makmum jika mereka tidak tahu imam solat dalam keadaan berhadas. Oleh itu makmum TIDAK PERLU qadha solat mereka.

Cetak  
Wallahu a'lam