Soalan:
Ustaz subuh tadi saya terlupa mandi hadas. Bagaimana solat subuh saya? Apakah sah sebab terlupa?
Jawapan:
Solat saudara tersebut TIDAK SAH. Wajib saudara mandi hadas dan qadha semula solat tersebut dengan segera. Ini kerana, lupa tidak menjadikan sesuatu yang tiada pada kedudukan ada. Kaedah menyatakan:
النسيان لا ينزل المعدوم منزلة الموجود، وينزل الموجود منزلة المعدوم
Maksud kaedah ini lebih kurang: "Lupa itu tidak menjadikan sesuatu yang tiada, berada pada kedudukan ada, namun ia menjadikan sesuatu yang ada, berada pada kedudukan tiada."
Asas kaedah ini ialah hadis Nabi SAW:
من نام عن صلاة أو نسيها، فليصلها إذا ذكرها
Maksudnya: "Sesiapa yang tertidur dari menunaikan sesuatu solat atau lupa menunaikannya. Maka hendaklah ditunaikannya apabila dia ingat."