SDI 0779: Solat Qasar, Tersilap Bangun Untuk Rakaat Ketiga

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 811
Tarikh: 6 Feb 2018
Kemaskini: 30 Sept 2020
 
Soalan:
 
Assalamualaikum ustaz.. saya solat qasar zohor, kemudian saya tak sengaja sambung ke rakaat ke3.. saya tersedar semasa baca surah lepas fatihah..pastu saya teruskan smpi sujud kedua rakaat tersebut dan duduk tahiyat smpi salam, tak cukupkan 4 rakaat.. sebenarnya apa yg perlu saya lakukan bila dlm keadaan tu?
 
Jawapan:
 
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
 
Saya sertakan fatwa dr alSyeikh Mubammad bin Soleh alUthaimin RH. Beliau berkata:
 
في هذه الحال نقول له يلزمك الرجوع، لأنك دخلت على أنك تريد أن تصلي ركعتين فلتصل ركعتين ولا تزيد عليهما، وعليه أن يسجد للسهو بعد السلام، وإن استمر فأتم الصلاة فلا حرج عليه
 
Maksudnya: "Dalam keadaan ini, kami nyatakan bagi orang itu, hendaklah dia kembali (duduk untuk bertasyahhud dan memberi salam). Ini kerana kamu telah masuk ke dalam solat dengan niat solat dua rakaat, maka hendaklah kamu solat dua rakaat dan tidak tambah lebih dari dua rakaat. Setelah itu sujud sahwi selepas salam. Jika dia berterusan juga dan menyempurnakan solat, maka tidak mengapa." (Majmu Fatawa wa Rasa'il alSyeikh Muhammad Soleh alUthaimin, jld 14: Kitab Sujud alSahwi)
 
baca juga: SDI 0625: Niat Solat Qasar, Rupa-Rupanya Imam Solat Tamam. Apa Nak Buat?
Cetak
Wallahu a'lam