SDI 0774: Imam Sujud Sekali Pada Rakaat Ketiga, Makmum Nak Buat Macamana?

 
Soalan: 
 
Assalamualaikum ustaz..saya ada soalan..saya sembahyang di sebuah masjid . kemudian saya masbuk pada rakaat ketiga, pada rakaat ketiga itu imam telah melakukan kesilapan dimana beliau hanya sujud sekali pada rakaat ketiga itu..jadi adakah saya perlu menambah satu rakaat yg rosak atau sujud sahwi sahaja?
 
Bin Sahak: Wsalam. Tak ada orang tegur?
 
Penyoal: Ada ustaz, Tapi imam bangkit jugak
 
Bin Sahak: Kalau pasti dia sujud sekali, rakaat tersebut tak dikira. Anda kena tambah lagi satu rakaat.
 
Penyoal: Oh...macam tu..tapi ustaz kalau kita sujud sahwi ja macam mna?
 
Bin Sahak: Sujud sahwi tidak boleh menampung rukun yang ditinggalkan. Meninggalkan rukun menjadikan rakaat tersebut tidak dikira. Jadi kena tambah lagi satu rakaat.
 
Penyoal: Oh..ok2 ustaz terima kasih.
 
Soalan lain: Saya pernah mengikut imam yg tersilap pada akhir rakaat dia memberi salam pas tu baru sujud sahwi.. Yg mana lebih menepati sunnah sujud sahwi sebelum salam atau selepas salam?
 
Jawapan: Ikut imam. Sama ada imam sujud sahwi sebelum atau selepas salam.  Hal ini ada perbezaan pendapat ulama. 
 
Soalan: Ustaz.. Kalau Imam turun semula untuk sujud selepas ditegur. Kemudian imam juga sujud sahwi. Wajib ke makmum ikut sujud sahwi walaupun tidak membuat kesilapan seperti imam.
 
Jawapan: Ikut bersama imam sujud sahwi jika sujud sahwi dibuat sebelum salam dan kita tidak melakukan kesalahan tersebut.
 
Soalan: ustaz, boleh tak kalau kita ingat kita turun sujud semula, atau tidak perlu lagi setelah bangun?
 
Jawapan: Ya turun sujud semula apabila ingat berlaku pengurangan sujud, selagi kita tidak sampai pada kedudukan sujud berikutnya pada rakaat berikutnya. Jika telah sampai pada kedudukan sujud berikutnya, maka rakaat yang tak cukup sujud tak dikira sebagai satu rakaat. Rakaat semasa adalah ganti rakaat yang tidak sempurna tersebut. Setelah itu perlu ditambah dengan rakaat satu lagi kemudian baru sujud sahwi.
 
Soalan: maksudnya klu sedang baca fatihah pun, bila ingat masih boleh sujud semula.. terima kasih ustaz.
 
Jawapan: Ya, jika al-Fatihah itu selepas sujud yang tertinggal itu. Jika teringat tertinggal satu sujud pada rakaat keduasebagai contoh, lalu teringat ketika membaca al-Fatihah dalam rakaat ketiga, maka wajib turun untuk membuat sujud yang tertinggal atau terlupa itu dan meneruskan perbuatan selepasnya sehingga sempurna solat. Di hujung solat lakukan sujud sahwi. 
 
Soalan: Maksudnya mengikut soalan diatas kita kena tambah satu rakaat lagi lepas tu sujud sahwi..? 
 
Jawapan: Rakaat ketiga yang datang ingatan tertinggal sujud itu telah terabai atau tidak dikira lagi setelah kita turun melakukan sujud yang tertinggal. Rakaat yang berikutnya ialah rakaat ketiga.
 

Cetak  
Wallahu a'lam