Soalan:
السلام عليكم
Ustaz ada 2 soalan
1. Kita jadi imam, bila nk beri salam x keluar suara utk lafaz salam, cuma boleh paling ke kanan dan lafaz dlm hati, adakah dikira salam tersebut atau kena sembahyang semula.
2. Makmum yang menggantikan imam perlu bangun mengambil tempat imam dan duduk semula untuk memberi salam mengganti imam tersebut atau terus beri salam di tempat duduk mamkmum tersebut
Minta pencerahan ustaz
Jawapan:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
1. Salam keluar dari solat termasuk rukun qauliy yang wajib dilafazkan dengan lidah. Saya lebih cenderung kepada pandangan mazhab Malik yang mengatakan tidak wajib didengar di telinga, bahkan memadai dilafazkan dengan lidah dan bibir. (rujuk di sini) Berpaling ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam keluar dari solat pula adalah sunat. Jika benar ia hanya dilintaskan dihati, maka tidak sah solat seperti itu.
2. Makmum yang perlu menggantikan imam ketika dalam keadaan duduk, memberi salam di tempatnya sahaja, tidak perlu bangun untuk pergi ke tempat imam.